ALATAN MENDRAF DAN FUNGSINYA
Pembaris Sesiku L
Digunakan untuk melakar garisan lurus pada pola atau fabrik untuk membuat garisan bersudut tepat/ 90 darjah.
Kebanyakkan pembaris sesiku L juga mempunyai bahagian melengkung yang boleh digunakan untuk melakar lengkungan pada ketuk ketiak, lengan, seluar dan sebagainya.
Pembaris Melengkung
Digunakan untuk melakar pelbagai bentuk garis melengkung pada pola seperti garisan leher, badan, keruk lengan, rusuk blouse, rusuk skirt dan kaki seluar semasa mendraf pola.
Lengkuk Perancis (French Curve)
Digunakan untuk melukis garis melengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka Lukis.
Ia juga digunakan untuk membuat garisan melengkung seperti garis puteri, keruk lubang lengan, garis, leher, lisu pemadam, kelengkang seluar, kolar, kocek, kraf dan kepala lengan.
Sebelum menggunakan lengkung perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu perlu dilakar dengan menggunakan pensel yang hitam (HB), tetapi garisan itu janganlah terlalu nyata.
Penyesuaian pada pelbagai jenis pola lain.
Kertas mahjung/perang
Digunakan pelbagai medium untuk memindahkan ukuran dari badan manusia atau patung ke pakaian.
Kalkulator
Digunakan untuk menghitung atau mengira ukuran pada pola.