ALATAN MEMOTONG DAN FUNGSINYA
Gunting Kain/Fabrik
Digunakan untuk menggunting kain atau fabrik sahaja.
Gunting Kertas
Digunakan untuk menggunting kertas atau pola.
Juga digunakan untuk mengawal kerja menggunting pola dengan baik.
Gunting Penetas (Snipper)
Digunakan untuk memotong benang sahaja dan menetas jahitan.
Ia juga boleh digunakan untuk memotong lebihan hujung fabrik.
Penetas
Digunakan untuk menetas dan membuka semula jahitan jika terdapat kesilapan ataupun jahitan tidak kemas semasa menjahit.