ALATAN MENJAHIT DAN FUNGSINYA
Benang
Digunakan untuk menjahit fabrik dan mencantum fabrik.
Kain/fabrik
Bahan yang digunakan untuk membuat pakaian.
Jarum Jahit Tangan
Digunakan untuk menjahit fabrik dengan teknik jahitan tangan.
Penyepit Benang (Tweezer)
Digunakan untuk memasukkan benang ke dalam jarum.
Ia juga digunakan untuk menyusun manik yang halus dengan mudah.
Sarung jari / Sarung Bidal
Digunakan untuk melindungi jari semasa menjahit.
Bantal-bantal jarum
Digunakan untuk meletakkan jarum agar tidak mudah hilang dan dapat digunakan kembali dengan mudah.
Jarum Mesin Jahit Industri
Digunakan untuk jahitan mesin.
Jarum ini mempunyai pelbagai saiz mengikut barang yang akan digunakan dan jenis mesin.
Mesin Jahit Industri
Mesin jahit industri dikenali sebagai mesin jahit high speed, ia digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal.
Mesin Jahit Elektrik
Mesin jahit ini menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan mesin dan memusingkan roda imbang dengan menekan pedal.
Mesin Jahit Tepi (Overlock)
Mesin jahit ini digunakan untuk mengemaskan tepi kain dan juga boleh mematikan benang di tepi kain agar tidak mudah koyak.
Mesin Jahit Lubang Butang
Digunakan untuk membuat rumah butang/ lubang butang.
Pemutar Skru
Digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru jarum dari mesin jahit industri.
Skru Tapak Mesin Industri
Digunakan untuk memudahkan penukaran tukar tapak mesin jahit.
Ia sesuai untuk Mesin Jahit Industri /High Speed.
Skru Jarum Mesin Industri
Skru ini hanya sesuai digunakan untuk jarum mesin industri /high speed sahaja.
Gelendung
Ia berfungsi sebagai pengisi benang bawah.
Sekoci
Digunakan sebagai tempat gelendung (spul) yang mengatur regangan benang bawah.
Untuk mengatur pengeluaran benang bawah.
Tapak Jahitan Biasa Mesin Jahit Industri
Digunakan untuk menjahit kain jenis rata dan juga digunakan untuk menjahit zip biasa.
Tapak Zip Biasa
Digunakan untuk jahit zip kain.
Tapak Zip Sembunyi
Digunakan untuk menonjolkan sesuatu rekaan tanpa menampakkan penggunaan zip pada rekaan tersebut.