Bahagian Education & Research (E&R) menekankan peranan utama Politeknik Nilai dalam mengintegrasikan prinsip kelestarian ke dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan komuniti. Usaha ini sejajar dengan objektif UI GreenMetric World University Rankings yang menilai komitmen institusi terhadap amalan lestari di peringkat akademik dan penyelidikan.
Melalui pelbagai inisiatif, Politeknik Nilai memperkukuh kesedaran sivik dan tanggungjawab alam sekitar dalam kalangan pelajar, staf serta komuniti setempat. Aktiviti-aktiviti seperti program Community Social Responsibility (CSR), penyelidikan berasaskan Sustainable Development Goals (SDGs), bengkel kesedaran hijau dan projek inovasi lestari menjadi medium penting dalam menyokong agenda kelestarian global.
Penyertaan aktif warga politeknik dalam program berimpak tinggi ini bukan sahaja meningkatkan nilai ilmu dan kemahiran hijau, tetapi turut membantu memperkukuh reputasi Politeknik Nilai sebagai kampus teknikal TVET hijau yang progresif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Sustainability Report
Laporan Kelestarian Politeknik Nilai ini diterbitkan sebagai dokumen rasmi yang memaparkan komitmen, pencapaian dan inisiatif institusi dalam melaksanakan amalan kelestarian sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Laporan ini menghimpunkan pelbagai aktiviti, penyelidikan, inovasi dan kolaborasi yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh warga Politeknik Nilai di bawah inisiatif Smart Green PNS. Fokus utama diberikan kepada aspek pendidikan, penyelidikan, pengurusan sumber, komuniti dan penglibatan pelajar dalam menjayakan agenda kampus hijau.
Melalui pendekatan “Whole Institution Approach”, Politeknik Nilai berusaha mengintegrasikan nilai-nilai kelestarian dalam semua operasi akademik dan pentadbiran termasuk pengurusan tenaga, air, sisa, biodiversiti, pengangkutan dan kesejahteraan sosial. Pendekatan ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar tetapi juga memperkukuh budaya sivik dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kampus.
Laporan ini juga menjadi rujukan utama bagi penilaian UI GreenMetric World University Ranking, di samping berperanan sebagai rekod perkembangan strategik Politeknik Nilai dalam mencapai objektif institusi sebagai Politeknik Rendah Karbon dan Berdaya Saing Menjelang 2030.
Laporan Program/Aktiviti