Inspired by Nature, for Climate, for Our Future.
📌 Memperkukuh Iltizam ke-7: Pembudayaan Kemampanan
Politeknik Nilai merakamkan penghargaan kepada seluruh warga PNS atas sokongan dan penyertaan dalam aktiviti kelestarian sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2026.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan:
🚶🏻♂️ Cabaran 20KM Jalanan Kampus
🪣 Pengumpulan Sisa Kitar Semula
🚙 Kempen Perkongsian Kenderaan
👩✈️ Taklimat Jabatan Alam Sekitar
📊 Kajian Kampus Hijau 2.0
🏆 Penyertaan Anugerah Langkawi 2026
💚Mari terus bersama memacu kesedaran alam sekitar demi masa depan generasi kita!🌎
NO WHEEL CHALLENGE
Warga Politeknik Nilai dijemput menyertai program NO WHEEL CHALLENGE sebagai inisiatif mobiliti hijau kampus bagi mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor serta menyokong agenda ESG dan kelestarian alam sekitar.
📅 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 7.00 pagi – 5.00 petang
📍 Politeknik Nilai
🚶♀️🚴 Konsep Program:
Park Outside, Walk Inside — warga kampus digalakkan meletakkan kenderaan di luar kawasan kampus dan menggunakan mobiliti hijau seperti berjalan kaki, berbasikal, skuter elektrik serta carpool.
🌿 Impak Program:
✅ Mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran udara
✅ Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif
✅ Membudayakan amalan mobiliti hijau di kampus
✅ Menyokong pembangunan kampus lestari dan mesra alam
💚 Ayuh warga PNS bersama-sama mencipta kampus yang lebih hijau, sihat dan lestari.
SMART RIDESHARE CAMPUS
🚗 “ONE CAR, MORE FRIENDS”🚗
Warga Politeknik Nilai dijemput menyertai Program SMART RIDESHARE CAMPUS bagi menggalakkan mobiliti hijau dan menyokong kampus lestari.
📅 15 – 21 Mei 2026
📍 Sekitar Kampus Politeknik Nilai
🚶♂️🚴♀️🚗 Mobiliti Hijau:
Carpool | Berjalan Kaki | Berbasikal | Skuter Elektrik | EV
📸 Muat naik gambar “One Car, More Friends” melalui kod QR untuk peluang memenangi hadiah menarik.
Ayuh bersama kurangkan kesesakan, jimat bahan api dan jadikan kampus lebih hijau serta lestari!
🌍 PROGRAM PENGUMPULAN SISA 🌍
🌱Ke Arah Kampus Lestari & Hijau🌱
Warga Politeknik Nilai dijemput menyertai Program Pengumpulan Sisa sempena PNS Touch Point 2.0 2026 bagi memupuk budaya kampus hijau dan amalan kitar semula.
📅 11 – 14 Mei 2026
📍 JAB | JKM | JP | JMSK | JPA | JHEP | JSKK | Kafetaria Sri Lawang | Bangunan Pentadbiran
♻️ Sisa diterima:
Plastik | Kertas | Logam | Sisa Elektronik
Ayuh bersama jadikan kampus lebih bersih, hijau dan lestari!
🚶♂️ JALANAN KAMPUS: CABARAN 20KM 🚶♀️
Ayuh warga Politeknik Nilai, sertai cabaran berjalan kaki di kawasan kampus!
Kekal aktif, amalkan gaya hidup sihat dan bersama-sama menyokong
kelestarian alam 🌿
📍 Jarak minimum: 20KM
📅 Tempoh: 14 hari
🗓️ Tarikh: 7 – 20 Mei 2026
📸 Hantar bukti aktiviti melalui gambar & rekod aplikasi kecergasan
(cth: Strava)
🎖️ Sijil pencapaian menanti!
🏆 Hadiah menarik untuk The Mileage King & Queen
📌Link penghantaran: https://forms.gle/yqNTiAx1Yt8xxn659
Jom langkah bersama ke arah hidup lebih sihat!
Politeknik Nilai menjemput seluruh warga kampus untuk bersama-sama menyemarakkan semangat kelestarian sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia 2026 yang akan diadakan pada:
22 -23 April 2026 (Rabu- Khamis)
Bertemakan “Kuasa Kita, Planet Kita”, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang, antaranya:
🌱 Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
♻️ Kempen Kitar Semula (Trash for Cash)
🛢️ Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
🍃 Pengurusan Sisa Makanan
🚴 Program Eco Ride Campus Lane
🎤 Ceramah Hijau
🎤 Taklimat Perolehan Hijau Kerajaan (GGP)
SDG 12: Responsible Consumption & Production
SDG 13: Climate Action
SDG 15: Life on Land
PROGRAM PENGUMPULAN SISA
KE ARAH
KAMPUS LESTARI & HIJAU
Tarikh: 6 – 11 Februari 2026 (Jumaat - Rabu)
Pungutan Rasmi: 11 Februari 2026 (Rabu) |
Jam 1.00 tengah hari
Lokasi Pungutan: Di kawasan jabatan:
JAB | JKM | JP | JMSK | JPA | JHEP | JSKK
Kategori sisa diterima: Plastik | Kertas | Logam
JUARA: Mata Ganjaran Tertinggi
Kempen Green@Day PNS _trash for cash_
Tarikh: 18 - 19 Ogos 2025 (Isnin - Selasa)
Tempat: Politeknik Nilai (Bangunan Pentadbiran, JAB, JKM, JP, JPA & JMSK)
Jom sertai kempen kitar semula dan dapatkan mata ganjaran!
Bawa sisa kitar semula yang berikut:
1. Kertas
2. Kotak
3. E-Waste
4. Botol Plastik
5. Logam
Lokasi dengan mata ganjaran terbanyak akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM100.00!
Tidak termasuk dalam mata ganjaran:
6. Minyak Masak Terpakai
7. Pakaian Terpakai
8. Mushaf Al-Quran Yang Uzur
Sediakan lokasi pengumpulan
Daftar mengikut lokasi untuk mendapatkan mata ganjaran melalui pautan berikut:
Cetak _bar code_ sewaktu pengumpulan oleh pihak SWM
Tarikh pengumpulan oleh SWM Corp Sdn Bhd pada Rabu jam 8.30 pagi.
Mari bersama-sama kita menjayakan inisiatif hijau ini!
Jadikan Politeknik Nilai lebih hijau dan lestari!
Mari membeli sambil berwafaf
Mari semua sama-sama meriahkan Program Jom Sihat Sempena Hari Bersama Pelanggan pada 14 Ogos 2025 (Khamis). Jangan lupa untuk singgah ke Booth Pusat Islam di Dewan Sri Putra.
Dengan setiap pembelian Preloved Item, semua hasil jualan akan disumbangkan ke akaun Dana Waqaf Pusat Islam Al-Kautsar.