🌱WORLD CLEAN-UP DAY 2026 🌱
🌊 19 SEPTEMBER 2026 | Sukarelawan Politeknik Nilai yang terdiri daripada staf dan pelajar DLS telah menyertai World Clean-Up Day 2026 di Pantai Saujana, Port Dickson.
🌏 Program ini merupakan inisiatif antarabangsa yang dilaksanakan setiap September bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan bersama dalam menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar.
Program anjuran SWM Environment Sdn. Bhd., dengan sokongan SWCorp serta kerjasama dan tajaan pelbagai pihak, turut disertai oleh institusi, agensi dan syarikat.
♻️ Antara sisa yang berjaya dikutip:
🚬 Puntung rokok — 10,825 unit
🔗 Strapping band — 1,387 unit
🥡 Plastik foam — 1,175 unit
🗑️ Lain-lain sisa — 1,058 unit
🍴 Peralatan makan plastik — 767 unit
💚 Penyertaan ini bukan sahaja menyumbang kepada kebersihan pantai, malah memupuk kesedaran alam sekitar, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga Politeknik Nilai.
Bersama menjaga kebersihan, bersama memelihara alam. 🌏
🌿“RIVER CLEAN-UP” 🌿
19 SEPTEMBER 2026-Seramai 8 orang wakil pelajar Politeknik Nilai telah menyertai Program “River Clean-Up” di Sungai Keroh, KTM Segambut, Kuala Lumpur.
🤝 Dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan @hara.makers, program ini memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pembersihan sungai, pengasingan sisa dan pemeliharaan ekosistem alam sekitar.
🌱Selain meningkatkan kesedaran tentang kelestarian dan tanggungjawab sosial, program ini turut menyemai amalan hidup mampan serta semangat khidmat kepada masyarakat.
💚Bukan sekadar membersihkan sungai, tetapi menyemai semangat cinta akan alam.
🌱 PLOGGING MERDEKA 🌱
🌱 31 OGOS 2026 - Seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar DLS Politeknik Nilai, USIM dan belia tempatan telah menyertai Program Plogging Merdeka anjuran Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri Sembilan.
Program yang berlangsung di Dataran Seremban bersempena sambutan Merdeka peringkat Negeri Sembilan ini turut mendapat sokongan Majlis Bandaraya Seremban, SWCorp dan SWM Environment Sdn. Bhd.
🏃♀️♻️ Para sukarelawan turut menjalankan aktiviti hebahan kesedaran kebersihan kepada pengunjung serta aktiviti plogging di sekitar kawasan sambutan.
🗑️ Hasil aktiviti, sebanyak 30 kg sampah berjaya dikutip.
💚 Program ini bukan sahaja menyumbang kepada kebersihan kawasan, malah memupuk kesedaran awam, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar.
Semangat Merdeka, Semangat Menjaga Alam! 🌱
🌿CSR PEMBERSIHAN DAN PEMULIHARAAN WETLAND
20 OGOS 2026 -Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Nilai dengan kerjasama En. Wan Muhammad Syafiq bin Wan Zahidi, pengasas dan pencipta kandungan Berani Buat, telah melaksanakan Program CSR Pembersihan dan Pemuliharaan Wetland di Kampung Mayor Pantai, Negeri Sembilan.
👥 Program ini melibatkan 15 orang pelajar dan 6 orang pensyarah pengiring dalam aktiviti gotong-royong, pembersihan serta pemuliharaan kawasan wetland.
🌱 Antara aktiviti utama ialah penyediaan medium penapisan semula jadi menggunakan campuran tanah organik dan pasir khas bagi menyokong kestabilan kawasan takungan serta menggalakkan pertumbuhan tumbuhan akuatik sebagai agen penapisan semula jadi.
🤝 Di bawah pimpinan En. Mohd Saifuddin bin Haji Ahmad selaku Pengarah Program (pensyarah) dan Muhammad Shahir Daris bin Shahril selaku Pengarah Program (pelajar), seluruh delegasi telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang program.
💚 Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada pemeliharaan ekosistem wetland, malah memupuk semangat kesukarelawanan, tanggungjawab sosial dan kesedaran kelestarian alam sekitar dalam kalangan mahasiswa TVET.
🌏 Program ini turut menyokong SDG 6, SDG 11, SDG 13 dan SDG 15. Bersama memelihara alam, membina masa depan yang mampan. 🌱💚
Together, We Create a Lasting Impact
Pada 6 Ogos 2026, seramai 40 warga Politeknik Nilai (pelajar dan pensyarah) telah menyertai Program Penanaman Pokok Bakau yang berlangsung di Stesen Janakuasa Jimah, Port Dickson sebagai salah satu inisiatif kelestarian alam sekitar dan pemerkasaan komuniti bersama TNB Genco.
Program yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 6.30 petang ini memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada para pelajar Politeknik Nilai melalui aktiviti pemuliharaan alam sekitar yang bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga ekosistem bakau serta kelestarian alam untuk generasi akan datang.
Selain aktiviti penanaman pokok bakau, Politeknik Nilai turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000.00 bagi menyokong pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah, Akademik dan Kokurikulum di bawah Jabatan Pengajian Am (JPA). Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkukuh pembangunan holistik pelajar melalui pelbagai aktiviti akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada TNB atas komitmen serta sokongan dalam menjayakan program yang memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar.
Tahniah kepada semua pelajar dan warga Politeknik Nilai yang terlibat. Setiap usaha kecil yang dilakukan hari ini merupakan langkah besar dalam membina masa depan yang lebih hijau, lestari dan prihatin. Bersama mencipta impak yang berkekalan.
World Cleanup Day
20 SEPTEMBER 2025
SMARTGREEN POLITEKNIK NILAI MENYUMBANG TENAGA DALAM MEMBERSIHKAN PANTAI SAUJANA PORT DICKSON SEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2025.
SmartGreen Politeknik Nilai bersama 38 orang staf dan pelajar Politeknik Nilai telah bekerjasama bersama SWM environment Sdn Bhd dalam aktiviti membersihkan pantai sempena World Clean up Day 2025.
Hasil kutipan sampah adalah sebanyak anggaran lebih 10,000 puntung rokok, cebisan polistren dan beg plastik telah berjaya dikumpul. Kumpulan 6 dan 9 daripada Politeknik Nilai berjaya membawa pulang hadiah pengumpulan terbanyak pada program tersebut.
SDG 13: CLIMATE ACTION
'PNS towards achieving sustainable development goals (SDG)
PROJEK CSR TKCHARM GARDEN
4 SEPTEMBER 2025
Projek CSR TKCHARM Garden di Kolej Tunku Kurshiah Bandar Enstek bersama pensyarah dan pelajar Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai.
Projek CRS TKCHARM Garden ini melibatkan pelajar-pelajar kelas DHL2A dan DHL2B seramai 55 orang pelajar serta pelajar TKC International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP). Program ini bertujuan untuk memberi khidmat komuniti dan kolaborasi antara kedua-dua pihak bagi menjayakan Taman Herba di TKC. Program ini juga dapat memberi pendedahan praktikal kepada pelajar DHL berkaitan kursus DYL10243 Soil Science, DYL20353 Nursery Management dan DYL20363 Plant Identification.
Bagi fasa pertama ini, pelajar ditugaskan untuk membuat bancuhan campuran tanah dan memenuhkan ruang kotak penanaman yang disediakan. Fasa kedua akan menyusul pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Simbolik perasmian projek ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tunku Kurshiah iaitu Pn. Fathiiyah binti Mohd Fauzi@Mohd Pozi bersama Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, Politeknik Nilai Ts. Ahmad Yazid bin Rahman mewakili Pengarah. Pensyarah yang terlibat bagi fasa 1 ini adalah:
1. CA. Norhafizah binti Suhad (Pengarah Program)
2. Ts. Nur Azemah binti Aminludin
3. CA. Muhammad Fadhli Tariq bin Ishak
4. En. Mohd Hafiz bin Sulaiman
5. LAr. Yazidatul Fauziah binti Abdul Aziz
6. Pn. Nurul Shafiqah binti Sulaiman
PROGRAM CSR HIJAUKAN DUNIA SI MANJA
1 JULAI 2025
Program CSR Hijaukan Dunia Si Manja anjuran Taska & Tadika KEMAS Kg. L.B. Johnson 1 & 2 telah berjaya dilaksanakan. Program ini mendapat suntikan semangat luar biasa daripada seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan sokongan Politeknik Nilai. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya:
1) Perkongsian ilmu berkaitan penjagaan tanaman dan langkah keselamatan ketika aktiviti penyelenggaraan
2) Penyediaan media tanaman dan aktiviti menanam pokok
3) Menggembur tanah di planter box
4) Penyelenggaraan
5) Mengecat sebahagian bangunan tadika dan permainan seperti buaian & gelongsor
6) Menghias dalaman taska bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra kanak-kanak
Program ini bukan sahaja menyemai kesedaran hijau dalam kalangan warga pendidik dan komuniti, malah turut memberi impak positif dalam memperkukuh jenama dan reputasi Politeknik Nilai (PolyCC) di peringkat komuniti setempat. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini!
Politeknik Nilai meneruskan komitmen terhadap pembangunan komuniti dan kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan Latihan Kemahiran 1 di bawah inisiatif Kampung Angkat Madani (KAM) POLYCC TVET 2025.
Bagi Fasa 2, yang berlangsung dari 11 hingga 15 Ogos 2025, seramai 8 orang pegawai dan 20 orang pelajar Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL) telah menyertai program CSR ini di Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, Perak.
Fokus utama latihan adalah untuk menaik taraf dan melestarikan landskap kolam kampung yang telah lama terbiar, agar dapat dijadikan kawasan rekreasi berpotensi tinggi. Elemen landskap dan kemudahan ditambah baik dengan reka bentuk mesra alam, inklusif dan lestari, selaras dengan prinsip TVET yang menekankan pembelajaran berasaskan kemahiran dan sumbangan kepada komuniti melalui kepakaran teknikal.
14 Jun 2025 | Program CSR Jiwa Prihatin: Gotong-Royong di Tanah Perkuburan
Program CSR Jiwa Prihatin: Gotong-Royong di Tanah Perkuburan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Am, Politeknik Nilai dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas.
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada staf Politeknik Nilai, wakil MAINS, dan penduduk komuniti setempat telah berganding bahu membersihkan kawasan tanah perkuburan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebersihan dan keharmonian komuniti.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
Membersihkan semak samun dan membuang sampah.
Mencantas pokok-pokok renek bagi melancarkan urusan penyelenggaraan kawasan perkuburan.
Menyusun semula kawasan sekitar untuk kelihatan lebih kemas dan teratur.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS, En. Norazman bin Amat, Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Pn. Nur Azizah binti Abdul Aziz, Ketua Jabatan Pengajian Am, Pn. Hajah Rosmawati binti Razak, serta Ketua Pentadbir Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, En. Hukarim bin Sudin. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari dengan penyampaian cenderahati kepada wakil yang terlibat.
Program CSR Hiasan Landskap di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya
6 FEBRUARI 2025
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dilaksanakan oleh Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL), Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB), Politeknik Nilai, bertempat di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya.
Aktiviti dijalankan pada hari kedua dan terakhir program, disertai oleh pensyarah dan pelajar DHL3A yang mengikuti kursus DYL30414 Landscape Construction and Installation (LCI).
Fokus aktiviti tertumpu pada kerja landskap kejur dan hiasan persekitaran surau, termasuk kawasan papan tanda, gazebo, ruang sebelah gazebo, dan pintu masuk utama surau. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Mengecat semula pagar dan struktur landskap kejur.
Menyusun tumbuhan berdasarkan reka bentuk landskap yang telah dirancang.
Menambah elemen dekoratif untuk memperindah kawasan surau.
Majlis penutup disempurnakan oleh Dato’ Sheikh Yahya bin Sheikh Mohamed, Pengerusi Surau Al-Furqan, Presint 11. Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi impak positif kepada komuniti dan peserta.