Smart Green PNS bertujuan memperkasakan budaya hijau di seluruh kampus, memupuk pekerja kolar hijau masa depan dan menyokong matlamat kemampanan negara. Bersama-sama kita membina planet yang lebih bersih dan lebih hijau.
Smart Green PNS bertujuan memperkasakan budaya hijau di seluruh kampus, memupuk pekerja kolar hijau masa depan dan menyokong matlamat kemampanan negara. Bersama-sama kita membina planet yang lebih bersih dan lebih hijau.
Sukacita dimaklumkan bahawa Landscape Horticulture Exhibition Day 2026 (LHE ’26) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 7 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 7.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Jabatan Agroteknologi & Bio-industri
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh:
Tuan Abdul Aziz bin Parmin
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan
🕙 Masa: 10.45 pagi – 1.00 petang
👕 Tema Pakaian:
Pakaian sukan bertemakan warna Hijau & Krim (Green & Cream)
🍽️ Kemudahan:
Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan.
Jom bersama-sama memeriahkan LHE ’26 serta menyokong usaha ke arah pembudayaan landskap, hortikultur dan kelestarian alam sekitar. 🌿
♻️PENGUMPULAN E-WASTE SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2026 ♻️
Warga Politeknik Nilai dijemput bersama-sama menjayakan Inisiatif Pengumpulan E-Waste Peribadi sebagai usaha menyokong kelestarian alam sekitar dan membudayakan amalan hijau di tempat kerja.
📅 Tarikh Pengumpulan: 29 September – 4 Oktober 2026
🚛 Tarikh Pungutan: 5 Oktober 2026
📍 Lokasi: Semua Jabatan / Pusat / Unit, Politeknik Nilai
📱💻 Antara E-Waste yang Diterima:
Telefon bimbit, televisyen, mesin basuh, penghawa dingin, peti sejuk, komputer riba, komputer serta peralatan elektrik dan elektronik lain yang tidak lagi digunakan.
📝 Pautan Borang E-Waste: https://polinilaiedumy-my.sharepoint.com/:x:/g/personal/uthpns_polinilai_edu_my/IQAZPYwi0NUtQqAKMVoX8ievAaKU_z0T3a6H2hwgH47hGBY?e=sxU0mX
🏆 JOM KUMPUL & MENANG!
Lokasi yang mencatatkan jumlah pengumpulan E-Waste tertinggi akan menerima hadiah! 🌱 Ayuh bersama-sama mengambil tindakan demi bumi yang lebih lestari! 🌍 “Global Action for a Cooler Planet” ♻️
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ada Al-Quran lama, rosak atau koyak, kitab pengajian, buku Jawi, buku nota atau bahan bercetak yang mengandungi ayat Al-Quran/tulisan Jawi yang sudah tidak digunakan?
Jangan dibuang begitu sahaja. 🤲
Warga Politeknik Nilai yang ingin melupuskan bahan-bahan tersebut boleh mengumpulkannya di Bilik UKK sebelum atau pada 30 September 2026 (Rabu) untuk diuruskan melalui Program Pemuliaan (Pelupusan) Al-Quran Malaysia.
▪️ Al-Quran lama, rosak atau koyak
▪️ Kitab pengajian lama
▪️ Buku/buku nota tulisan Jawi atau ayat Al-Quran
▪️ Bingkai khat/tulisan ayat suci
▪️Bahan bercetak yang mengandungi ayat Al-Quran/tulisan Jawi
🌙 Marilah bersama-sama memelihara kemuliaan Kalam Allah dengan menguruskan bahan yang mengandungi ayat suci melalui kaedah yang sewajarnya.
🌱WORLD CLEAN-UP DAY 2026 🌱
🌊 19 SEPTEMBER 2026 | Sukarelawan Politeknik Nilai yang terdiri daripada staf dan pelajar DLS telah menyertai World Clean-Up Day 2026 di Pantai Saujana, Port Dickson.
🌏 Program ini merupakan inisiatif antarabangsa yang dilaksanakan setiap September bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan bersama dalam menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar.
Program anjuran SWM Environment Sdn. Bhd., dengan sokongan SWCorp serta kerjasama dan tajaan pelbagai pihak, turut disertai oleh institusi, agensi dan syarikat.
♻️ Antara sisa yang berjaya dikutip:
🚬 Puntung rokok — 10,825 unit
🔗 Strapping band — 1,387 unit
🥡 Plastik foam — 1,175 unit
🗑️ Lain-lain sisa — 1,058 unit
🍴 Peralatan makan plastik — 767 unit
💚 Penyertaan ini bukan sahaja menyumbang kepada kebersihan pantai, malah memupuk kesedaran alam sekitar, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga Politeknik Nilai. Bersama menjaga kebersihan, bersama memelihara alam. 🌏
🌿“RIVER CLEAN-UP” 🌿
19 SEPTEMBER 2026-Seramai 8 orang wakil pelajar Politeknik Nilai telah menyertai Program “River Clean-Up” di Sungai Keroh, KTM Segambut, Kuala Lumpur.
🤝 Dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan @hara.makers, program ini memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pembersihan sungai, pengasingan sisa dan pemeliharaan ekosistem alam sekitar.
🌱 Selain meningkatkan kesedaran tentang kelestarian dan tanggungjawab sosial, program ini turut menyemai amalan hidup mampan serta semangat khidmat kepada masyarakat.
💚Bukan sekadar membersihkan sungai, tetapi menyemai semangat cinta akan alam.
🧬 BIOTECH FUN WEEK 2026 IS BACK! 🎉
5 HARI • 6 PROGRAM • 1 MINGGU PENUH AKTIVITI!
📅 21 – 25 September 2026
📍 Politeknik Nilai
Jom sertai minggu yang penuh dengan cabaran, permainan, kreativiti, pertandingan, perkongsian industri & aktiviti menarik! 🔥
✨ Antara aktiviti yang menanti:
🔹 BioQuest Challenge
🔹 Amazing Biotech Race
🔹 Biotech Reel Challenge
🔹 Industry Insight Session
🔹 Beyond Graduation: Alumni Sharing
🔹 Bio Battle: From Jeopardy to Showdown
🚨 SEMUA PELAJAR DIJEMPUT MENYERTAI!
🔥 Ready to experience biotech like never before?
LET THE BIOTECH FUN BEGIN! 🧬🎉
🌱 PLOGGING MERDEKA 🌱
🌱 31 OGOS 2026 - Seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar DLS Politeknik Nilai, USIM dan belia tempatan telah menyertai Program Plogging Merdeka anjuran Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri Sembilan.
Program yang berlangsung di Dataran Seremban bersempena sambutan Merdeka peringkat Negeri Sembilan ini turut mendapat sokongan Majlis Bandaraya Seremban, SWCorp dan SWM Environment Sdn. Bhd.
🏃♀️♻️ Para sukarelawan turut menjalankan aktiviti hebahan kesedaran kebersihan kepada pengunjung serta aktiviti plogging di sekitar kawasan sambutan.
🗑️ Hasil aktiviti, sebanyak 30 kg sampah berjaya dikutip.
💚 Program ini bukan sahaja menyumbang kepada kebersihan kawasan, malah memupuk kesedaran awam, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar.
Semangat Merdeka, Semangat Menjaga Alam! 🌱
🌿CSR PEMBERSIHAN DAN PEMULIHARAAN WETLAND
20 OGOS 2026 -Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Nilai dengan kerjasama En. Wan Muhammad Syafiq bin Wan Zahidi, pengasas dan pencipta kandungan Berani Buat, telah melaksanakan Program CSR Pembersihan dan Pemuliharaan Wetland di Kampung Mayor Pantai, Negeri Sembilan.
👥 Program ini melibatkan 15 orang pelajar dan 6 orang pensyarah pengiring dalam aktiviti gotong-royong, pembersihan serta pemuliharaan kawasan wetland.
🌱 Antara aktiviti utama ialah penyediaan medium penapisan semula jadi menggunakan campuran tanah organik dan pasir khas bagi menyokong kestabilan kawasan takungan serta menggalakkan pertumbuhan tumbuhan akuatik sebagai agen penapisan semula jadi.
🤝 Di bawah pimpinan En. Mohd Saifuddin bin Haji Ahmad selaku Pengarah Program (pensyarah) dan Muhammad Shahir Daris bin Shahril selaku Pengarah Program (pelajar), seluruh delegasi telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang program.
💚 Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada pemeliharaan ekosistem wetland, malah memupuk semangat kesukarelawanan, tanggungjawab sosial dan kesedaran kelestarian alam sekitar dalam kalangan mahasiswa TVET.
🌏 Program ini turut menyokong SDG 6, SDG 11, SDG 13 dan SDG 15. Bersama memelihara alam, membina masa depan yang mampan. 🌱💚
Together, We Create a Lasting Impact
Pada 6 Ogos 2026, seramai 40 warga Politeknik Nilai (pelajar dan pensyarah) telah menyertai Program Penanaman Pokok Bakau yang berlangsung di Stesen Janakuasa Jimah, Port Dickson sebagai salah satu inisiatif kelestarian alam sekitar dan pemerkasaan komuniti bersama TNB Genco.
Program yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 6.30 petang ini memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada para pelajar Politeknik Nilai melalui aktiviti pemuliharaan alam sekitar yang bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga ekosistem bakau serta kelestarian alam untuk generasi akan datang.
Selain aktiviti penanaman pokok bakau, Politeknik Nilai turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000.00 bagi menyokong pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah, Akademik dan Kokurikulum di bawah Jabatan Pengajian Am (JPA). Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkukuh pembangunan holistik pelajar melalui pelbagai aktiviti akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada TNB atas komitmen serta sokongan dalam menjayakan program yang memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar.
Tahniah kepada semua pelajar dan warga Politeknik Nilai yang terlibat. Setiap usaha kecil yang dilakukan hari ini merupakan langkah besar dalam membina masa depan yang lebih hijau, lestari dan prihatin. Bersama mencipta impak yang berkekalan.
LAWATAN PENANDA ARASAN KAMPUS
🌱 24 JUN 2026 | LESTARI DAN AMALAN MAMPAN 🌱
Politeknik Nilai telah mengadakan Lawatan Penanda Arasan Kampus Lestari dan Amalan Mampan ke Politeknik Merlimau Melaka (PMM) sebagai salah satu inisiatif memperkukuh Iltizam Ke-7: Pembudayaan Kemampanan.
📌 Lawatan merangkumi sesi taklimat, perkongsian amalan terbaik, sesi soal jawab serta lawatan tapak ke fasiliti berkaitan.
🤝 Program ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh jaringan kolaborasi, perkongsian kepakaran serta penerapan budaya kelestarian dalam pengurusan institusi.
Lawatan diketuai oleh LAr. Dr. Fara Diba binti Badrul Hisham, Ketua Unit Pembangunan Teknologi (CoT), Politeknik Nilai.
🌿 Semoga perkongsian ini dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan inisiatif yang lebih sistematik, inovatif dan berimpak tinggi ke arah mewujudkan kampus yang hijau, cekap dan mampan.
Bersama membudayakan kemampanan, demi masa depan yang lebih hijau. 🌱
📢 Jom Sertai Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Geran Projek Mampan!
Ada idea projek yang boleh memberi impak kepada komuniti? Inilah peluang anda untuk mengembangkannya!
💰 Dana geran sehingga RM8,000
⏳ Tempoh pelaksanaan: 20 minggu
📝 Kertas cadangan 2 muka surat disiapkan & dihantar pada hari bengkel
📅 15 Jun 2026 (Isnin)
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Bilik Kuliah 2, ULPL Politeknik Nilai
🌱 Bidang Projek
• Teknologi Sosial & Komuniti
• Makanan, Pertanian & Ekonomi Setempat
• Air, Sanitasi, Tenaga & Kelestarian
• AI, Automasi & Pendigitalan Komuniti
👥 Terbuka kepada pelajar dan staf Politeknik Nilai yang mempunyai projek sedia ada untuk dikembangkan. (Maksimum 5 ahli setiap kumpulan)
📲 Sertai kumpulan WhatsApp:
https://chat.whatsapp.com/BzidrKtX66gKsxfT3zdrNr
📄 Maklumat permohonan: https://lnkd.in/gk6biX8b
📝 Templat kertas cadangan: https://lnkd.in/gdduxvcF
🌍✨ Tajaan: IKRAM dan KADR
Inspired by Nature, for Climate, for Our Future.
📌 Memperkukuh Iltizam ke-7: Pembudayaan Kemampanan
Politeknik Nilai merakamkan penghargaan kepada seluruh warga PNS atas sokongan dan penyertaan dalam aktiviti kelestarian sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2026.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan:
🚶🏻♂️ Cabaran 20KM Jalanan Kampus
🪣 Pengumpulan Sisa Kitar Semula
🚙 Kempen Perkongsian Kenderaan
👩✈️ Taklimat Jabatan Alam Sekitar
📊 Kajian Kampus Hijau 2.0
🏆 Penyertaan Anugerah Langkawi 2026
💚Mari terus bersama memacu kesedaran alam sekitar demi masa depan generasi kita!🌎
'PNS Tanpa Plastik Sekali Guna' (kuatkuasa 1 jun 2026)
Sempena Hari Bumi 2026. Politeknik Nilai optimis terhadap penguatkuasaan 'PNS Tanpa Plastik Sekali Guna'.
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 tahun 2024 berkaitan Strategi Pelaksanaan Menghindari Penggunaan Plastik Sekali Guna di Premis Kerajaan serta keperluan pematuhan Green Government Procurement (GGP), Politeknik Nilai komited dalam penguatkuasaan Polisi “Politeknik Nilai Tanpa Plastik Sekali Guna”.
Pelaksanaan polisi ini adalah selaras dengan usaha menyokong kelestarian alam sekitar, mengurangkan kebergantungan kepada sumber petroleum serta mengurangkan kos pelupusan sisa.
Fasa Penguatkuasaan Polisi “Politeknik Nilai Tanpa Plastik Sekali Guna” akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 Jun 2026.
SDG 12: Responsible Consumption & Production
SDG 13: Climate Action
SDG 15: Life On Land
BERMINAT MENYERTAI KAMI SEBAGAI KETUA PENYELIDIK?
📢 Peluang Menjadi Ketua Penyelidik Projek Kajian Kampus Hijau ✍️
Center of Technology (COT) membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai pasukan penyelidikan sebagai 👤 Ketua Penyelidik bagi projek Kajian Kampus Hijau di Politeknik Nilai.
🔎 Antara peranan yang akan dilaksanakan:
✅ Dilantik sebagai Ketua Penyelidik projek
✅ Terlibat dalam proses pengumpulan dan analisis data
✅ Menyediakan laporan serta penulisan kertas penyelidikan ✍️
✅ Membentangkan hasil kajian di International Research & Innovation Conference (i-RIC 2026), PolyCC Sustainability Award atau platform pertandingan berkaitan pada tahun 2026
✅ Menimba pengalaman penyelidikan secara langsung bersama pasukan penyelidik berpengalaman
💼 Tempoh Projek
25 Mei 2026 – 30 Jun 2026 📍 Lokasi Politeknik Nilai
📩 Berminat untuk menyertai kami?
Sila isi maklumat nama pada tajuk kajian melalui pautan berikut sebelum 22 Mei 2026:
https://polinilaiedumy-my.sharepoint.com/:x:/g/personal/uthpns_polinilai_edu_my/IQCI9F0MKDKjSLD37tV-F4IbAVj2yBI5mzHDvDADT-K32nA?e=NXcNJs
👥 Sertai kumpulan WhatsApp untuk maklumat lanjut: https://chat.whatsapp.com/FFJPNDmFFKS6p3vHJkixah
NO WHEEL CHALLENGE
Warga Politeknik Nilai dijemput menyertai program NO WHEEL CHALLENGE sebagai inisiatif mobiliti hijau kampus bagi mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor serta menyokong agenda ESG dan kelestarian alam sekitar.
📅 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 7.00 pagi – 5.00 petang
📍 Politeknik Nilai
🚶♀️🚴 Konsep Program:
Park Outside, Walk Inside — warga kampus digalakkan meletakkan kenderaan di luar kawasan kampus dan menggunakan mobiliti hijau seperti berjalan kaki, berbasikal, skuter elektrik serta carpool.
🌿 Impak Program:
✅ Mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran udara
✅ Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif
✅ Membudayakan amalan mobiliti hijau di kampus
✅ Menyokong pembangunan kampus lestari dan mesra alam
💚 Ayuh warga PNS bersama-sama mencipta kampus yang lebih hijau, sihat dan lestari.
SMART RIDESHARE CAMPUS
🚗 “ONE CAR, MORE FRIENDS”🚗
Warga Politeknik Nilai dijemput menyertai Program SMART RIDESHARE CAMPUS bagi menggalakkan mobiliti hijau dan menyokong kampus lestari.
📅 15 – 21 Mei 2026
📍 Sekitar Kampus Politeknik Nilai
🚶♂️🚴♀️🚗 Mobiliti Hijau:
Carpool | Berjalan Kaki | Berbasikal | Skuter Elektrik | EV
📸 Muat naik gambar “One Car, More Friends” melalui kod QR untuk peluang memenangi hadiah menarik.
Ayuh bersama kurangkan kesesakan, jimat bahan api dan jadikan kampus lebih hijau serta lestari!
🌍 PROGRAM PENGUMPULAN SISA 🌍
🌱Ke Arah Kampus Lestari & Hijau🌱
Warga Politeknik Nilai dijemput menyertai Program Pengumpulan Sisa sempena PNS Touch Point 2.0 2026 bagi memupuk budaya kampus hijau dan amalan kitar semula.
📅 11 – 14 Mei 2026
📍 JAB | JKM | JP | JMSK | JPA | JHEP | JSKK | Kafetaria Sri Lawang | Bangunan Pentadbiran
♻️ Sisa diterima:
Plastik | Kertas | Logam | Sisa Elektronik
Ayuh bersama jadikan kampus lebih bersih, hijau dan lestari!
🚶♂️ JALANAN KAMPUS: CABARAN 20KM 🚶♀️
Ayuh warga Politeknik Nilai, sertai cabaran berjalan kaki di kawasan kampus!
Kekal aktif, amalkan gaya hidup sihat dan bersama-sama menyokong
kelestarian alam 🌿
📍 Jarak minimum: 20KM
📅 Tempoh: 14 hari
🗓️ Tarikh: 7 – 20 Mei 2026
📸 Hantar bukti aktiviti melalui gambar & rekod aplikasi kecergasan (cth: Strava)
🎖️ Sijil pencapaian menanti!
🏆 Hadiah menarik untuk The Mileage King & Queen
📌Link penghantaran: https://forms.gle/yqNTiAx1Yt8xxn659
Jom langkah bersama ke arah hidup lebih sihat!
🌍 SAMBUTAN HARI BUMI POLITEKNIK NILAI 2026
Politeknik Nilai menjemput seluruh warga kampus untuk bersama-sama menyemarakkan semangat kelestarian sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia 2026 yang akan diadakan pada:
22 -23 April 2026 (Rabu- Khamis)
Bertemakan “Kuasa Kita, Planet Kita”, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang, antaranya:
🌱 Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
♻️ Kempen Kitar Semula (Trash for Cash)
🛢️ Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
🍃 Pengurusan Sisa Makanan
🚴 Program Eco Ride Campus Lane
🎤 Ceramah Hijau
🎤 Taklimat Perolehan Hijau Kerajaan (GGP)
SDG 12: Responsible Consumption & Production
SDG 13: Climate Action
SDG 15: Life on Land
Jom Sertai Kursus
Microcredential 2026
🌱THE RACE TO ZERO CARBON🌱
Kami menjemput warga Politeknik Nilai serta orang awam untuk menyertai kursus microcredential “The Race to Zero Carbon”, sebuah kursus yang menggabungkan pendidikan kelestarian dengan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (gamified learning).
Melalui kursus ini, para peserta berpeluang:
🎮 Menjelajah konsep pengurusan karbon dan ekonomi hijau.
🏆 Menyelesaikan pelbagai cabaran pembelajaran interaktif.
🎁 Mengumpul ganjaran dan lencana pencapaian.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian serta menggalakkan tindakan proaktif ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari.
📌 Sertai kursus sekarang melalui pautan berikut:
https://mcpolycc.cidos.edu.my/course/view.php?id=1105
PROGRAM PENGUMPULAN SISA
KE ARAH
KAMPUS LESTARI & HIJAU
Tarikh: 6 – 11 Februari 2026 (Jumaat - Rabu)
Pungutan Rasmi: 11 Februari 2026 (Rabu) |
Jam 1.00 tengah hari
Lokasi Pungutan: Di kawasan jabatan:
JAB | JKM | JP | JMSK | JPA | JHEP | JSKK
Kategori sisa diterima: Plastik | Kertas | Logam
JUARA: Mata Ganjaran Tertinggi
🌱 JOM SERTAI BENGKEL SISA PEPEJAL iGREEN! 🌱
Bengkel iGREEN ialah Bengkel Pengurusan Sisa Pepejal yang julung kali dianjurkan bersama IKRAM Negeri Sembilan, komuniti Masjid Sendeng Petra Maamor (Jalan Jelebu), Masjid Paroi Jaya dan SWM.
📅 31 Januari 2026
⏰ 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Dewan Abu Bakar, Masjid Paroi Jaya
🍽 Sarapan & makan tengah hari disediakan!
👨👩👧👦 Terbuka kepada semua peringkat umur
Belajar cara urus sisa pepejal dengan betul, ringkas dan praktikal — demi alam sekitar yang lebih bersih & lestari 🌍
✨ Jom sama-sama jaga bumi kita 🤝
📝 Pendaftaran:
Sila klik pautan di bawah untuk mendaftar 👇
👉 https://forms.gle/idvrmvEcAeQG41oC7 atau hubungi Dr. Zainab +60 17-277 7104
#IKRAMiGreen
#CintaiAlamSekitar
#IKRAMNegeriSembilan
Aktiviti gotong royong di JAB
Iltizam Kemampanan JPPKK 2026
Bagi tahun 2026, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menggariskan 13 Iltizam sebagai pemacu utama dalam memperkukuhkan Pendidikan Teknikal dan Profesional (TVET) negara.
Salah satu fokus utama ialah Iltizam Ke-7, yang menekankan pembudayaan kemampanan dalam ekosistem politeknik dan kolej komuniti. Seiring dengan iltizam ini, aspek Planetary Health turut diberi penekanan bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan institusi, kesejahteraan alam sekitar dan kelestarian jangka panjang.
Sebagai pengukuran dan penanda aras pelaksanaan kemampanan, beberapa inisiatif telah digariskan antaranya:
PolyCC Sustainable Award (PolySust Award)
UI GreenMetric World University Rankings
Inisiatif-inisiatif ini menjadi panduan kepada Politeknik Nilai dalam memperkukuh amalan hijau, meningkatkan prestasi kemampanan institusi serta membudayakan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga kampus.
Malaysia Global Sustainability Award 2026
8 Januari 2026 | Politeknik Nilai telah berjaya merangkul 2 anugerah di Malaysia Global Sustainability Award 2026 yang telah berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Projek tersebut:
Greenext award - AKTIVITI KOMUNITI KONSERVASI DAN KELESTARIAN HUTAN SIMPAN NEGERI SEMBILAN: PENGASINGAN SISA DAN KITA
Greenovation award - SMART HERBARIUM: BIODIVERSITY INTELLIGENCE AND SUSTAINABLE FOREST STEWARDSHIP IN NEGERI SEMBILAN
Penyelidik:
Dr. Nor Rahimy binti Khalid
Dr. Fara Diba binti Badrul Hisham
Dr. Suraya Akmar binti Mokhtaruddin
Ts. Dr. Faraziah binti Hassan
Dr. Ahmad Razimi bin Mat Lazim
Program ini telah turut disertai oleh industri, NGO, PBT, Institut Pengajian Tinggi dan sekolah.
Semoga usaha berterusan ini menggalakkan aktiviti hijau di Politeknik Nilai.
Malaysia Global Sustainability Award 2026
8 Januari 2026 | Tahniah diucapkan kepada 14 orang pensyarah Politeknik Nilai telah berjaya ditauliahkan Advance Certificate in Green Circular Economy Transition (GCET) di Malaysia Global Sustainability Award 2026 yang telah berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Senarai Pensyarah:
LAr. Dr. Fara Diba Badrul Hisham
Dr. Wan Nor Aishah binti Wan Omar K.M.N
Puan Hajah Quyrul Zeta binti Ishak
Puan Nur Izdiha binti Sulaiman
Puan Raja Nadia binti Raja Ahmad
Puan Siti Nor Silmi binti Nordin
Ts. Ahmad Yazid bin Rahman
Ts. Nurzawani binti Azuwa
Encik Mohamad Azlan Yusuff bin Abdul Rahim
Encik Is Aizat bin Samsuri
Ts. Siti Mas Irdawati binti Md. Shahroon
Puan Fairoz binti Yaakob
Puan Nurul Shafiqah binti Sulaiman
Encik Muhd Arif Nubli bin Shafie