LAPORAN AKTIVITI UKKP

BENGKEL KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN BAGI HOSPITAL DAN INSTITUSI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BIL 1/2024 


Mac 2024

Negeri Sembilan merupakan tuan rumah bagi Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Hospital dan Institusi Perubatan KKM Bil 1/2024. 

UKKP hospital- hospital di Negeri Sembilan telah dilantik sebagai urusetia bagi menjayakan bengkel yang diadakan secara dwi tahunan ini. 

Bengkel ini menjadi platform kepada semua wakil UKKP dari seluruh negara untuk berkumpul, berkongsi dan mengemaskini ilmu pengetahuan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.    

PERBINCANGAN DAN LAWATAN KERJA BAGI PEMERKASAAN PROGRAM KESELAMATAN DAN KSIHATAN PEKERJAAN DI HOSPITAL DAN INSTITUSI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Mac 2024

Pihak HTJS telah menerima lawatan dari Ketua Unit dan pegawai-pegawai daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM bersama-sama KPPK dan pegawai-pegawai dari Bahagian Perubatan, JKNNS.

Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di peringkat hospital di bawah pemantauan YBhg. Dato' Dr. Input berkenaan penambahbaikan servis UKKP dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan telah dibincangkan semasa lawatan ini diadakan. 

TAKLIMAT/ CME KOD -KOD KECEMASAN 


Februari 2024

Pihak UKKP HTJS dengan kerjasama Jabatan /Unit yang terlibat telah mengadakan Taklimat/ CME Kod -kod Kecemasan yang terdapat di HTJS. 

Pada bulan ini, kakitangan HTJS di wad ICU A dan Jabatan Patologi (Unit Mikrobiologi) telah diberikan penerangan berkenaan kod-kod kecemasan.  

Diharapkan kakitangan dapat memahami dan mempraktikkan ilmu ini sewaktu menghadapi insiden dalaman di HTJS.

LAWATAN AWAL INDUSTRI KE KILANG AJINOMOTO

(PERSEDIAAN BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KKM 2024)


Februari 2024

UKKP HTJS bersama-sama UKKP hospital- hospital yang terdapat di Negeri Sembilan telah dilantik sebagai urusetia bagi Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM 2024. Lawatan awal ini adalah bagi melihat keperluan dan melakukan perbincangan berkenaan lawatan industri yang akan diadakan pada 7 Mac 2024. 

Melalui pendekatan proaktif ini, kami berharap dapat memahami dengan lebih baik cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dihadapi oleh industri tempatan.

LAWATAN AWAL INDUSTRI KE PETRON REFINARY PLANT (PORT DICKSON)

(PERSEDIAAN BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KKM 2024)


Februari 2024

UKKP HTJS bersama-sama UKKP hospital- hospital yang terdapat di Negeri Sembilan telah dilantik sebagai urusetia bagi Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM 2024. Lawatan awal ini adalah bagi melihat keperluan dan melakukan perbincangan berkenaan lawatan industri yang akan diadakan pada 7 Mac 2024. 

Melalui pendekatan proaktif ini, kami berharap dapat memahami dengan lebih baik cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dihadapi oleh industri tempatan.

LAWATAN AWAL INDUSTRI KE DAIHATSU PERODUA ENGINE MANUFACTURING SDN BHD

(PERSEDIAAN BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KKM 2024)


Februari 2024

UKKP HTJS bersama-sama UKKP hospital- hospital yang terdapat di Negeri Sembilan telah dilantik sebagai urusetia bagi Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM 2024. Lawatan awal ini adalah bagi melihat keperluan dan melakukan perbincangan berkenaan lawatan industri yang akan diadakan pada 7 Mac 2024. 

Melalui pendekatan proaktif ini, kami berharap dapat memahami dengan lebih baik cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dihadapi oleh industri tempatan.

KURSUS KESEDARAN STRATEGI TINDAKAN INSIDEN DALAMAN DAN TABLETOP SIRI 1/2024 


Februari 2024

UKKP HTJS telah bekerjasama dengan Unit Penyeliaan Kejururawatan HTJS untuk mengadakan kursus berkenaan Strategi Tindakan Insiden Dalaman secara berkala pada tahun ini. Matlamat utamanya adalah untuk melatih dan memberi kefahaman berkenaan peranan jururawat dalam insiden dalaman.

Kursus yang telah dirangka semenjak tahun lepas merupakan inisiatif dari pihak UKKP berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada Latihan Amal Ex-Perpatih pada tahun 2023.  

KURSUS PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA 


Januari 2024

Jabatan Patologi telah menjemput wakil dari UKKP untuk memberikan penerangan berkenaan cara untuk melakukan pendaftaran bahan kimia yang terdapat di Jabatan Patologi. 

Liaison Officer bagi setiap unit yang terdapat di Jabatan Patologi telah memulakan pendaftaran bahan kimia selepas penerangan diberikan sebagai persediaan untuk memperbaharui Chemical Health Risk Assessment (CHRA) yang akan tamat pada tahun ini.

LAWATAN AWAL INDUSTRI KE CENVIRO (KUALITI ALAM) (PERSEDIAAN BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KKM 2024)


Januari 2024

UKKP HTJS bersama-sama UKKP hospital- hospital yang terdapat di Negeri Sembilan telah dilantik sebagai urusetia bagi Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM 2024. Lawatan awal untuk melihat keperluan dan melakukan perbincangan berkenaan lawatan industri yang akan diadakan pada 7 Mac 2024 telah diadakan dan Cenviro Sdn Bhd  merupakan antara tempat yang telah dilawati.  

Melalui pendekatan proaktif ini, kami berharap dapat memahami dengan lebih baik cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dihadapi oleh industri tempatan. 

LAWATAN AWAL INDUSTRI KE NEGERI ROADSTONE NILAI (PERSEDIAAN BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KKM 2024)


Januari 2024

UKKP HTJS bersama-sama UKKP hospital- hospital yang terdapat di Negeri Sembilan telah dilantik sebagai urusetia bagi Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM 2024. Lawatan awal untuk melihat keperluan dan melakukan perbincangan berkenaan lawatan industri yang akan diadakan pada 7 Mac 2024 telah diadakan dan Negeri Roadstone Nilai merupakan antara kilang yang telah dilawati.  

Melalui pendekatan proaktif ini, kami berharap dapat memahami dengan lebih baik cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dihadapi oleh industri tempatan. 

BENGKEL PERANAN JURURAWAT SEMASA INSIDEN KECEMASAN

Januari 2024

Unit Penyeliaan Kejururawatan dengan kerjasama UKKP HTJS telah mengadakan satu bengkel kepada jururawat bagi memberi kefahaman berkenaan dengan peranan mereka dalam menghadapi sebarang insiden dalaman.

Antara topik-topik yang dibentangkan adalah berkenaan dengan pengenalan kepada Strategi Tindakan Insiden Dalaman, Peranan Jururawat ketika insiden dalaman, Kod-kod Kecemasan dan sebagainya.  

Pembentangan berkenaan STAND telah diberikan pada sebelah pagi, manakala Tabletop telah diadakan pada sebelah petang bersama dengan debriefing.

PROGRAM PROMOSI PENTAKSIRAN MAKROERGONOMIK DI TEMPAT KERJA (MerWA) UNTUK PEMATUHAN INDUSTRI HIGIEN DAN ERGONOMIK  


Januari 2024

Wakil dari UKKP HTJS telah menyertai Program Promosi Pentaksiran Makroergonomik di Tempat kerja yang telah diadakan di UPM, Serdang.

Tujuan MerWA ini dibangunkan adalah sebagai kaedah bersepadu untuk menilai semua domain ergonomik yang terdiri daripada fizikal, kognitif dan organisasi di tempat kerja.

Ianya dibangunkan berdasarkan International Labour Organization's Ergonomic Checklist, ISO 6385:2016, DOSH Industry Code of Practices, Garis-garis panduan dan Senarai Semak.

KEMPEN SAFETY AND HEALTH 


Januari 2024

Pada 22 Januari 2024, pihak UKKP HTJS dijemput sebagai penceramah bagi Kempen Safety and Health yang diadakan oleh Panoramic Sdn Bhd. 

Kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran dan penerangan kepada warga kerja di sana berkenaan tatacara mengendalikan kes-kes kecederaan di tempat kerja. Penerangan secara lisan dan demostrasi berkenaan pengendalian kes-kes kecederaan di tempat kerja telah mendapat penglibatan yang aktif dari kakitangan Panoramic Sdn Bhd. 


LAWATAN AWAL INDUSTRI KE KILANG YAKULT (PERSEDIAAN BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KKM 2024)


Januari 2024

Pihak UKKP HTJS bersama-sama UKKP hospital- hospital yang terdapat di Negeri Sembilan telah dilantik sebagai urusetia bagi Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM 2024. Lawatan awal untuk melihat keperluan dan melakukan perbincangan berkenaan lawatan industri yang akan diadakan pada 7 Mac 2024 telah diadakan dan kilang Yakult yang terletak di Seremban merupakan antara kilang yang telah dilawati.  

Melalui pendekatan proaktif ini, kami berharap dapat memahami dengan lebih baik cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dihadapi oleh industri tempatan. 

TAKLIMAT KESEDARAN EMERGENCY RESPONSE PLAN 


Januari 2024

Pihak Medivest Sdn Bhd telah mengadakan taklimat berkenaan Emergency Response Plan kepada UKKP dan UPH HTJS sebagai persediaan MS 2735:2021 Emergency Preparedness and Response Guideline. 

Senarai semak sebagai persediaan bagi pensijilan Pelan Respon Kecemasan telah dibincangkan sepanjang taklimat ini diadakan. 

Diharapkan pihak Medivest Sdn Bhd berjaya mendapatkan persijilan tersebut bagi memberikan keyakinan dan memastikan keselamatan kakitangan di HTJS dan pelanggan dalam tahap yang optimum.  

 

AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 

BIL 1/2024


Januari 2024

Pihak UKKP telah melakukan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bil 1/2024 pada 9 Januari 2024. Tujuan audit ini diadakan adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam HTJS. 

Sebanyak empat tempat telah dilakukan pemeriksaan iaitu EPAU, PAC, Dewan Bersalin dan High Depedency Ward (HDW).  Secara keseluruhannya, audit ini berjalan dengan lancar dan diharap kakitangan dapat mengamalkan cara kerja yang selamat dan sihat.

MAJLIS PENUTUPAN DAN APRESIASI IFitEr 2023: "JOM WAGHIH : BE HEALTHY, BE ACTIVE"


Disember 2023

Unit Promosi Kesihatan (UPK) dengan kerjasama UKKP dan Unit Kejururawatan telah melaksanakan aktiviti bagi program Penurunan Berat Badan bermodulkan IFitEr: "Jom Waghih: Be Healthy, Be Active".

3 peserta telah dipilih sebagai pemenang berdasarkan jumlah berat badan yang berjaya diturunkan dalam jangka masa yang diberikan.  

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat menaikkan semangat kakitangan HTJS untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang berkhasiat dan berkualiti. 

LATIHAN PENGURUSAN KECEMASAN TAHAP 3 CENVIRO SDN BHD


Disember 2023

Pada 12 Disember 2023, satu Latihan Pengurusan Kecemasan Tahap 3 Cenviro telah diadakan di Kualiti Alam. Latihan pengurusan ini adalah bertujuan untuk menguji kecekapan pasukan respond kecemasan Kualiti Alam dalam menghadapi insiden kecemasan yang terdapat dalam fasiliti mereka. 

Scenario latihan yang diuji adalah tumpahan bahan kimia, kebakaran dan kebocoran gas. Latihan ini turut melibatkan pengaktifan pasukan Bomba (HAZMAT) Negeri Sembilan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Hospital Port Dickson dan Balai Polis Tanah Merah. Majlis Keselamatan Negara dan CGSO bertindak sebagai penilai dalam latihan ini. 

Secara keseluruhan, latihan ini dianggap berjaya dan telah mencapai objektif yang disasarkan.

TABLE TOP LATIHAN PENGURUSAN KECEMASAN TAHAP 3 CENVIRO SDN BHD   


Disember 2023

Pada 5 Disember 2023 bertempat di Cenviro Sdn Bhd telah diadakan satu latihan Table Top Pengurusan Kecemasan Tahap 3 Cenviro. Latihan table top ini adalah sebagai persediaan kepada latihan amal  yang akan diadakan pada 12 Disember 2023. Latihan ini disertai oleh pihak bomba Balai Polis Tanah Merah, Majlis Keselamatan Negara, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Simulasi table top yang dijalankan adalah berkaitan dengan kebakaran dan tumpahan bahan kimia. Melalui latihan yang dijalankan ini, semua pihak yang terlibat dapat mengenal pasti sebarang kekurangan yang perlu diperbaiki menjelang latihan sebenar pada 12 Disember 2023 nanti.

  

CME UKKP BERSAMA JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL


November 2023

Pihak UKKP telah mengadakan CME unit secara berkala sepanjang tahun. Pada bulan November, satu CME telah diatur bagi menjemput wakil dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental untuk memberikan penerangan berkenaan redflag pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental dan tatacara rujukan kes ke Jabatan Psikiatri HTJS. 

Dr Siti Halimahton, Pakar Psikiatri telah memberikan ulasan dan penerangan berkenaan topik ini selama 2 jam kepada kakitangan yang bertugas di UKKP. Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan Jabatan Psikiatri  kerana sudi memenuhi undangan UKKP.    

POSTMORTEM LATIHAN PENGURUSAN KRISIS EX-PERPATIH HTJS 2023


Oktober 2023

Postmortem bagi Latihan Pengurusan Krisis Ex-Perpatih HTJS 2023 telah diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dari kakitangan HTJS dan agensi luar untuk sebarang teguran dan  ruang untuk penambahbaikan berdasarkan latihan yang dijalankan. 

Pihak HTJS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang latihan ini dijalankan.

 



 

LATIHAN PENGURUSAN KRISIS EX-PERPATIH PERINGKAT HTJS 2023  


Oktober 2023

Latihan Pengurusan Krisis Ex-Perpatih HTJS 2023 telah diadakan pada 27 Oktober 2023 bagi menguji Pelan Tindakan Insiden Dalaman HTJS.  

Kod-kod  kecemasan yang diuji dalam latihan pada tahun ini adalah kod silver di Klinik ENT  dan kod terang bulan di Wad 5A. Latihan tahun ini diadakan pada sebelah petang dan berakhir setelah kira-kira 4 jam setelah ianya dimulakan.

 



 

TABLETOP  EX-PERPATIH HTJS 2023 


Oktober 2023

Tabletop Latihan Pengurusan Krisis Ex-Perpatih Peringkat HTJS 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Minang dan Bilik Karpet Merah, HTJS.

Latihan ini dihadiri oleh pihak HTJS bersama dengan agensi luar yang terlibat. Kod- kod kecemasan HTJS telah diaktifkan bagi menguji Pelan Tindakan Insiden Dalaman, HTJS.

Tindakan pihak-pihak yang terlibat dapat dilihat dan dinilai sepanjang latihan ini dan penambahbaikan dari pelbagai aspek dapat dilaksanakan.


 

EXTERNAL MEETING EX-PERPATIH HTJS 2023 


Oktober 2023

Satu perbincangan telah diadakan antara pihak HTJS bersama-sama agensi luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institusi Penjara Malaysia Seremban dan lain-lain bagi membincangkan berkenaan Latihan Pengurusan Krisis Ex-Perpatih HTJS 2023.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan kepada pihak HTJS. 


 

LATIHAN PENGUKUHAN PASUKAN EMERGENCY FIRE AND RESCUE TEAM (EFiRsT)


September 2023

Satu latihan pengukuhan bagi lantikan baru ahli pasukan EFiRsT diadakan sebagai persediaan bagi menghadapi insiden dalaman HTJS. 

Latihan ini merangkumi penilaian risiko insiden yang mungkin boleh berlaku di HTJS dan langkah-langkah kontingensi yang boleh dilakukan. 

Ahli EFiRsT juga telah dilatih dengan teknik pemadaman api dan teknik mengeluarkan pesakit semasa insiden kecemasan berlaku. 



 

INTERNATIONAL CONFERENCE OF THE ICOH SCIENTIFIC COMMETTEE ON OCCUPATIONAL MEDICINE (SCOM)


September 2023

Pada 22-24 September 2023, wakil UKKP HTJS telah dipilih sebagai poster presenter bagi persidangan saintifik International Commission on Occupational Health (ICOH) pada tahun ini yang julung kalinya diadakan di Malaysia. 

Tujuan persidangan antarabangsa ini adalah bagi mengumpulkan semua Pengamal Kesihatan Pekerjaan di peringkat antarabangsa untuk berkongsi pengalaman dan bertukar maklumat, berkongsi amalan dan isu Kesihatan Pekerjaan merentas sektor dan menggalakkan persaudaraan dalam kalangan Pengamal Kesihatan Pekerjaan.

Pihak UKKP HTJS mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Moga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan untuk fasiliti-fasiliti kesihatan di Malaysia.


 

ORIENTASI BAGI KAKITANGAN BARU MELAPOR DIRI DI HTJS OGOS- SEPTEMBER 2023


Ogos - Oktober 2023

Orientasi kepada kakitangan baru yang melapor diri ke HTJS telah diteruskan mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh urusetia.

Orientasi ini bertujuan memberikan kefahaman dan kesedaran kepada kakitangan baru berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Diharapkan semua kakitangan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa bekerja di jabatan/unit masing-masing.  

 

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, WELLNESS MONTH DAN HARI BERSAMA PELANGGAN UKKP PERINGKAT HTJS 2023  


September 2023

UKKP dengan kerjasama Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan (UPK) telah menganjurkan sambutan seperti yang dinyatakan di atas. Tujuan utamanya adalah bagi memberi kesedaran dan pemahaman kepada kakitangan HTJS berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan . 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan kerjasama beberapa jabatan/unit di HTJS dan juga agensi luar. Antaranya ialah ceramah, fitness test, pemeriksaan mulut, kenali vape, talk with dietitian, pemeriksaan kesihatan wanita (saringan HPV) dan lain-lain. 

Sambutan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kakitangan di HTJS dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.   

 

"MOCK RUN" BAGI MENGUJI KEBERKESANAN PENAMBAHBAIKAN FLOW CHART DISCHARGE DI WAD KANAK-KANAK


Ogos 2023

Satu Mock Run bagi menguji prosedur baharu discharge pesakit dari wad kanak-kanak telah diadakan. Mock Run yang dilakukan adalah sebagai penambahbaikan kepada SOP yang sedia ada. 

Timbalan Pengarah III mengetuai Mock Run ini dan turut disertai oleh Ketua Jabatan Paediatrik, wakil UKKP, wakil Unit Keselamatan, Unit Perhubungan Awam dan pihak Konsesi Pengawal Keselamatan. 

Penambahbaikan yang dilakukan ini diharap dapat meningkatkan tahap keselamatan discharge pesakit dari wad kanak-kanak. 

 

LATIHAN SANGKUT DARI UKKP HOSPITAL JEMPOL 


Ogos 2023

Pihak UKKP HTJS telah menerima seorang doktor bagi latihan sangkut dari UKKP Hospital Jempol pada bulan Julai 2023. 

Tujuan utama latihan sangkut ini adalah untuk menimba ilmu berkenaan cara dan proses kerja UKKP yang merangkumi keselamatan, kesihatan dan latihan, promosi & kerjaya. 

Moga dengan latihan ini dapat memberi pencerahan, idea dan penambahbaikan untuk diaplikasikan di Hospital Jempol. Terima kasih diucapkan kepada Hospital Jempol atas kepercayaan yang diberikan kepada UKKP HTJS. 

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) BERKENAAN ERGONOMIK


Julai 2023

Wakil UKKP HTJS telah melakukan lawatan sambil belajar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 2023. Tujuan utama lawatan ke HKL adalah untuk mendapatkan input berkenaan kes-kes ergonomik dalam kalangan kakitangan kesihatan yang dikendalikan oleh UKKP HKL.

Pihak UKKP HKL juga berkongsi idea berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan untuk kakitangan kesihatan di HKL. Pelbagai input yang menarik dapat dipelajari oleh wakil UKKP HTJS. 

Diharapkan input yang diberikan dapat diadaptasikan di HTJS supaya kakitangan HTJS mendapat manfaat yang sewajarnya dari perkongsian ini.

 

TAKLIMAT KESEDARAN STRATEGI TINDAKAN INSIDEN DALAMAN JABATAN/UNIT DI HTJS 


Julai - Ogos 2023

Pihak UKKP telah meneruskan usaha untuk memberikan Taklimat Kesedaran Strategi Tindakan Insiden Dalaman kepada Jabatan/Unit di HTJS. 

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pemantapan berkenaan pengurusan sewaktu berlakunya insiden dalaman di HTJS, tindakan-tindakan awal yang perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar dan sebagainya.  

Semua kakitangan HTJS diharap dapat memberi perhatian kepada pengurusan insiden-insiden kecemasan yang berada di HTJS agar impak negatif yang disebabkan oleh insiden ini dapat diminimakan. 

ORIENTASI DAN LATIHAN BAGI KAKITANGAN BARU YANG MELAPOR DIRI KE HTJS 


Jun - Julai 2023

Orientasi kepada kakitangan baru yang melapor diri ke HTJS telah diteruskan mengikut takwim yang telah ditetapkan. Orientasi kepada PPS telah ditambah baik dengan memasukkan semula teori dan praktikal berkenaan penggunaan alatan tajam terutamanya semasa melakukan prosedur pengambilan darah. 

Diharapkan semua kakitangan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa bekerja di jabatan/unit masing-masing.  

IFitEr 2023: "JOM WAGHIH : BE HEALTHY, BE ACTIVE"


Mei - November 2023

Unit Promosi Kesihatan (UPK) dengan kerjasama UKKP dan Unit Kejururawatan sedang melaksanakan aktiviti bagi program Penurunan Berat Badan bermodulkan IFitEr: "Jom Waghih: Be Healthy, Be Active".

Pelbagai aktiviti sedang dijalankan bersama-sama kakitangan HTJS yang terpilih untuk mengikuti program ini. Program ini merupakan intervensi yang diadakan selepas saringan kesihatan kakitangan HTJS melalui KOSPEN WOW dijalankan. 

Diharapkan program ini mencapai objektif yang disasarkan dan dapat memberikan impak yang positif kepada kakitangan HTJS. 

MAJLIS PERHIMPUNAN HARI PEKERJA DAN SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT HTJS BAGI TAHUN 2023


Mei 2023

Majlis Sambutan Hari pekerja dan Sambutan Aidilfitri Peringkat HTJS bagi tahun 2023 telah diadakan pada 19 Mei 2023. Pihak UKKP telah membuka reruai bersama-sama Jabatan Nefrologi dan CRC. Wakil dari setiap jabatan/unit telah bertungkus-lumus menghias reruai pada waktu pagi dan juadah disediakan bermula pada waktu petang.

Sambutan ini memberi peluang kepada semua kakitangan HTJS untuk bersama-sama meraikan hari raya dan menjamu juadah yang dihidangkan oleh semua jabatan/unit di HTJS. Diharapkan sambutan ini dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

TAKLIMAT KESEDARAN STRATEGI TINDAKAN INSIDEN DALAMAN JABATAN/UNIT DI HTJS 


Mei - Jun 2023

Pihak UKKP telah meneruskan usaha untuk memberikan Taklimat Kesedaran Strategi Tindakan Insiden Dalaman kepada Jabatan/Unit di HTJS. 

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pemantapan berkenaan pengurusan sewaktu berlakunya insiden dalaman di HTJS, tindakan-tindakan awal yang perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar dan sebagainya.  

Semua kakitangan HTJS diharap dapat memberi perhatian kepada pengurusan insiden-insiden kecemasan yang berada di HTJS agar impak negatif yang disebabkan oleh insiden ini dapat diminimakan. 

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN


Mei 2023

Pihak UKKP HTJS bersama-sama wakil dari HTJS telah melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan  untuk membentangkan berkenaan latihan amal ex-perpatih yang akan diadakan oleh pihak HTJS pada tahun ini.  

Diharapkan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat terjalin erat dengan pertemuan yang diadakan ini.

Pihak UKKP HTJS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak JBPM, Negeri Sembilan.

LAWATAN KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEREMBAN (IPD SEREMBAN)

April 2023

Pihak UKKP HTJS bersama-sama wakil dari HTJS telah melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban yang diketuai oleh Supt Mohd Rosli Ishak, Timbalan Ketua Polis Seremban untuk membentangkan berkenaan latihan amal ex-perpatih yang akan diadakan oleh pihak HTJS pada tahun ini.  

Diharapkan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat terjalin erat dengan pertemuan yang diadakan ini.

Pihak UKKP HTJS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Seremban.     

TAKLIMAT KESEDARAN STRATEGI TINDAKAN INSIDEN DALAMAN JABATAN/UNIT DI HTJS 

Mac - April 2023

Pihak UKKP telah mula memberikan Taklimat Kesedaran Strategi Tindakan Insiden Dalaman kepada Jabatan/Unit di HTJS seperti Jabatan Ororinolaringologi (ORL) ,Jabatan Patologi, Jabatan Farmasi, dan sebagainya.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pemantapan berkenaan pengurusan sewaktu berlakunya insiden dalaman di HTJS, tindakan-tindakan awal yang perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar dan sebagainya.  

Semua kakitangan HTJS diharap dapat memberi perhatian kepada pengurusan insiden-insiden kecemasan yang berada di HTJS agar impak negatif yang disebabkan oleh insiden ini dapat diminimakan.   


LAWATAN KE PENJARA SEREMBAN 

Mac 2023

Satu lawatan rasmi daripada pihak UKKP HTJS telah diadakan bersama- sama dengan Pengarah (Penguasa Penjara Seremban), Tn. Sharil bin Basir dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat berkenaan  tatacara pengurusan banduan yang memerlukan rawatan segera atau rawatan susulan di fasiliti kesihatan.

Secara amnya, pihak penjara bersetuju bahawa terdapat keperluan dan ruang untuk penambahbaikkan dari segi pengurusan pesakit banduan di hospital. Kedua- dua pihak bersetuju untuk melakukan perbincangan lanjut berkenaan perkara ini dalam sesi yang akan datang.

Pihak UKKP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh Pihak Penjara Seremban.


LAWATAN PEMANTAUAN KPAS JKNNS KE UKKP HTJS  

Februari 2023

Satu lawatan pemantauan telah dilakukan oleh Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS) JKNNS ke UKKP HTJS. Lawatan yang diketuai oleh Dr. Aziyanti  dimulakan dengan lawatan ke Klinik Kesihatan Pekerjaan (KKP) dan seterusnya ke Pejabat UKKP di Aras 1, Bangunan Tabung Darah.

Lawatan yang diadakan membolehkan pihak UKKP HTJS mengemukakan data-data yang terkini berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, menerangkan berkenaan program-program yang dijalankan dan perancangan pada tahun ini.

Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan silaturrahim antara UKKP HTJS dan KPAS JKNNS.  


KURSUS PERSONA MENYERLAH KEYAKINAN TERSERLAH

Januari 2023

Kursus yang telah diadakan di Auditorium Gemilang, HTJS ini telah dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi, HTJS. Ahli UKKP telah dilantik menjadi urusetia program dan dijemput untuk menjadi peserta bagi program yang julung kali diadakan di HTJS ini.  

Kursus ini telah dirangka bagi membantu kakitangan HTJS dalam meningkatkan ketahanan diri, daya tindak, penampilan diri dan kesediaan untuk berhadapan dengan tekanan dan cabaran hidup serta dapat menyumbang pada sokongan sosial dalam keluarga dan di tempat kerja.

Rata-rata peserta memberikan maklumbalas yang positif agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


ORIENTASI KEPADA KAKITANGAN BARU DI HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN

Januari – Jun 2023

Orientasi bagi kakitangan baru di HTJS bagi tahun 2023 telah dimulakan sejak Januari 2023 sehingga kini. Jadual orientasi dan slot pengisian untuk kakitangan yang baru berdaftar di HTJS akan dimaklumkan oleh Unit Perkhidmatan.

UKKP mensasarkan 100% kakitangan yang baru melapor diri diberikan orientasi berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Semua kakitangan baru juga perlu melakukan saringan kesihatan yang ditetapkan termasuk melakukan mantoux test, X-ray dada dan Hepatitis B Antibody.

Pihak UKKP berharap semua kakitangan dapat mempraktiskan cara kerja yang selamat dan sihat supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memenuhi aspirasi dan jangkaan pelanggan.   

BENGKEL KESEDARAN PENGURUSAN RISIKO PERINGKAT HTJS

Januari – April 2023

Jawatankuasa Pengurusan Risiko HTJS telah mengadakan Bengkel Kesedaran Pengurusan Risiko Peringkat HTJS secara berperingkat bagi memberi kesedaran dan latihan kepada semua wakil jabatan/unit di HTJS dalam menjalankan penilaian dan kawalan risiko di tempat kerja masing-masing.

Bengkel kesedaran ini telah diadakan sebanyak 3 siri iaitu pada 25 Januari 2023, 8 Februari 2023 dan 3 April 2023. Seramai 2 orang dari setiap jabatan/unit yang dilantik sebagai Representative Risk Officer (ROR) bagi memastikan pengurusan risiko di peringkat jabatan/unit dapat dijalankan mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.

SESI LAWATAN DAN PEMBELAJARAN KE UKKP, HOSPITAL JEMPOL

Januari 2023

Wakil UKKP HTJS telah mengadakan sesi lawatan dan pembelajaran ke Hospital Jempol pada 18 Januari 2023. Kedatangan pihak UKPP HTJS disambut baik oleh Dr Mohd Azriq bin Tajul Ariffin, Pegawai Perubatan UKKP Hospital Jempol.  

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan cara penggunaan laman Google Sites yang terdapat dalam akaun email moh.gov.my. Kedua-dua pihak juga telah berkongsi pengalaman dan idea berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dijalankan di fasiliti masing-masing.

Terima Kasih diucapkan kepada UKKP Hospital Jempol dalam menjayakan objektif lawatan UKKP HTJS ke sana. Diharap kerjasama yang erat dapat dijalankan secara berterusan.


BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN RISIKO PERINGKAT HTJS.

Januari 2023

Satu bengkel telah diadakan bagi membincangkan mengenai Pengurusan Risiko HTJS dari segi penetapan garis panduan peringkat hospital, perancangan pengurusan risiko dan latihan kepada semua wakil-wakil jabatan/unit yang dilantik.

Bengkel yang diadakan selama dua hari ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Perubatan II, Timbalan Pengarah Perubatan III, sekretariat yang dilantik dan ahli-ahli UKKP yang bersama-sama menyumbang idea dalam penghasilan garis panduan pengurusan risiko peringkat hospital. 

Bengkel ini telah mencapai objektifnya dan diharap matlamat utamanya iaitu untuk memastikan setiap risiko yang wujud dinilai dan dikawal mengikut kaedah yang bersesuaian dan memastikan perkhidmatan yang ada di hospital ini dapat disampaikan kepada pelanggannya pada kadar yang maksima tercapai.