Peraturan yang dikuatkuasakan pada 22 April 2004.
Tujuan peraturan ini diwujudkan adalah sebagai panduan bagi melaporkan sebarang kejadian kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja.
MAJIKAN
Pengarah Hospital, Ketua Jabatan, Ketua Unit, Penyelia Unit.
PENGAMAL PERUBATAN
Pengamal perubatan yang berdaftar / pegawai perubatan - mestilah melaporkan kepada Ketua Pengarah JKKP.
TEMPAT KERJA
Premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan, mana-mana tanah atau bangunan; mana- mana kenderaan, kapal atau pesawat udara; apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan di luar pesisir atau pepasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atas mana-mana air dan mana-mana khemah atau struktur boleh alih
Mana – mana lokasi kursus atas arahan ketua jabatan atau laluan ke tempat kerja turut di ambil kira sekiranya berlaku kemalangan.
SISTEM PELAPORAN
Notifikasi borang WEHU kepada JPKP di pusat tanggungjawab masing – masing.
Kes yang melibatkan kematian atau kecederaan serius anggota badan mestilah dilaporkan serta merta.
Borang – borang yang digunakan adalah seperti berikut:
WEHU A1/ A2 (JKKP 6)
(kemalangan & kecederaan di kalangan anggota KKM)
https://drive.google.com/file/d/1NsNUe6_jAz98EzS5ugFwhzg6vtIOtB6o/view
WEHU D1/D2 (JKKP 7)
(penyakit pekerjaan & keracunan pesticid & kimia)
https://drive.google.com/file/d/1Zn6dNoak5oSBKT_tCsbEHHfeo66lcQmi/view
WEHU E1/E2 (JKKP 7)
(penyakit pendengaran akibat bunyi bising)
https://drive.google.com/file/d/18v1GUZKsyeAEikjvkHP8LONJ2ET0Anym/view
WEHU L1/L2 (JKKP 7)
(penyakit paru-paru pekerjaan)
https://drive.google.com/file/d/1c-AlvW_v3Pv7dUA3uVht40jYM04kJ1E6/view
WEHU S1/S2 (JKKP 7)
(penyakit kulit pekerjaan)
https://drive.google.com/file/d/1hHFOBJUGyQwiQ-tcWNDlHjbuN2akIGZJ/view
SIASATAN
Semua kes yang dilaporkan perlu disiasat dalam tempoh 7 hari selepas berlakunya kejadian.
Disiasat oleh pegawai JPKP dan laporan akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri.
REKOD
Kes yang dilaporkan akan direkodkan didalam format JKKP 8.
Majikan perlu memastikan rekod ini disimpan di tempat kerja sekurang – kurangnya dalam tempoh 5 tahun.
PENALTI
boleh mengakibatkan seseorang majikan atau pengamal perubatan itu
didenda atau penjara atau kedua – duanya sekali.
CARTA ALIR NADOPOD 2004
BORANG- BORANG PELAPORAN
GARIS PANDUAN/BAHAN RUJUKAN
GUIDELINE NADOPOD 2004
GARIS PANDUAN PENYIASATAN KES-KES KEMALANGAN/ PENYAKIT PEKERJAAN/ KERACUNAN DI TEMPAT KERJA (2011)