STRATEGI TINDAKAN INSIDEN DALAMAN

KEPENTINGAN STRATEGI TINDAKAN INSIDEN DALAMAN HOSPITAL


Pihak majikan bertanggungjawab untuk memastikan pekerja berada dalam persekitaran kerja yang selamat berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Majikan juga turut bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan orang - orang lain yang turut berada di kawasan tempat kerja. Ini termasuklah keupayaan mengawal kejadian kecemasan yang boleh mengancam nyawa warga kerja hospital, pesakit, pelawat atau sesiapa sahaja yang berada di hospital.


JENIS-JENIS INSIDEN KECEMASAN


Secara am insiden kecemasan yang berlaku di dalam hospital boleh dibahagikan berdasarkan kepada magnitud dan impak terhadap perkhidmatan hospital. Gangguan perkhidmatan boleh bersifat separa atau sepenuhnya dan boleh berlaku secara sementara atau kekal.

 

Insiden Kecemasan Minor adalah kejadian kecil dan boleh ditangani oleh anggota hospital. Jika diperlukan, agensi Kerajaan Tempatan atau Agensi Kecemasan yang berkaitan boleh dilibatkan. Perkhidmatan hospital tidak terjejas sepenuhnya. Contohnya kebakaran kecil yang boleh dipadamkan oleh anggota hospital.

 

Insiden Kecemasan Major adalah kejadian di luar kemampuan kawalan anggota hospital dan mempunyai impak yang signifikan kepada perkhidmatan hospital. Bantuan agensi seperti Jabatan Kesihatan Negeri atau Kementerian diperlukan dalam insiden sedemikian (Rujuk jadual 1).

FASA-FASA PENGURUSAN BENCANA

AMALAN KUALITI

Tindakan Insiden Kecemasan Bencana Dalaman bagi Hospital KKM1.pdf

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN BAGI HOSPITAL-HOSPITAL (2018)