KLINIK KESIHATAN PEKERJAAN
Pendahuluan:
Terdapat akta yang digunakan demi memastikan masyarakat Malaysia secara umumnya dan para pekerja secara khususnya supaya sentiasa peka mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu Akta 514 (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) dan Akta 139 (Akta Kilang dan Jentera 1967).
Justeru, berlandaskan 2 akta ini maka, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban ingin mengambil satu langkah baru iaitu menubuhkan Klinik Kesihatan Pekerjaan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Objektif:
Bertindak selari dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 & Akta Kilang dan Jentera 1967
Memupuk kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Mengurangkan beban ekonomi negara disebabkan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Membantu negara secara langsung atau tidak langsung menuju ke arah persekitaran di tempat kerja yang selamat dan sihat
Mengurangkan masalah kesihatan berkaitan dengan penyakit pekerjaan.
Menyediakan satu platform untuk menerima rujukan kes-kes yang didiagnosa atau disyaki penyakit pekerjaan.
Polisi Perawatan Am:
Kesemua pesakit yang dirawat di KKP akan dirawat oleh Pegawai Perubatan / Occupational Health Doctor.
Pesakit yang akan diterima untuk rawatan di KKP adalah pesakit yang dirujuk oleh Klinik Kesihatan, Klinik I-Care, Jabatan Kecemasan dan Trauma dan lain-lain
Pesakit perlu mematuhi tarikh temujanji yang telah diberikan oleh pihak KKP
Jika pesakit tidak dapat hadir pada tarikh temujanji/rawatan susulan yang diberikan, pesakit perlu menghubungi pihak KKP untuk mendapatkan tarikh temujanji yang baru.
Polisi Rujukan/Temujanji:
Semua pesakit yang dirujuk perlu mematuhi temujanji yang diberikan.
Pesakit yang ingin membatalkan temujanji perlu memaklumkan semula kepada pihak KKP dan mendapatkan temujanji baru jika perlu.
WAKTU OPERASI
CARTA ALIR SARINGAN KESIHATAN
SERVIS YANG DITAWARKAN
BORANG-BORANG
BORANG PERMOHONAN UJIAN TUBERKULOSIS
GARIS PANDUAN / BAHAN RUJUKAN
GARIS PANDUAN KOSPEN WOW 2022
MANAGEMENT OF DYSLIPIDAEMIA (2017)
MANAGEMENT OF TYPE 2 DIABETES MELLITUS (2020)
MANAGEMENT OF HYPERTENSION 2018
MALAYSIAN CONSENSUS GUIDELINE ON ANTIRETROVIRAL THERAPY 2022
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI HEPATITIS B BAGI ANGGOTA KKM (2006)
GUIDELINES ON OCCUPATIONAL EXPOSURES TO HIV, HEP B, HEP C AND PEP (2007)
GUIDELINES ON PREVENTION AND MANAGEMENT OF TUBERCULOSIS FOR HEALTH CARE WORKERS IN MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA (2012)
MODUL INTERVENSI STRES DI TEMPAT KERJA (2014)
PROGRAM PENYAKIT KULIT PEKERJAAN (2007)
MODUL INTERVENSI OBESITI DI TEMPAT KERJA (2011)
GARIS PANDUAN PROSEDUR PENILAIAN TEMPAT KERJA BAGI PEG. PERUBATAN SISWAZAH YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN PENYAKIT RAWATAN DARAH (2011)