Penilaian DCS atau Digital Competency Score adalah satu instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid- murid dalam tiga aspek iaitu teknologi, etika dan kognitif .
Program ini terbuka kepada murid sekolah KPM :
a. Sekolah Rendah - Tahun 6
b. Sekolah Menengah - Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
Setiap murid yang melaksanakan penilaian ini akan diberi sijil dan boleh didaftarkan dalam PAJSK untuk peringkat daerah.
Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh diperolehi melalui laman web berikut: (akan dikemaskini)
Data pencapaian DCS bagi sekolah WPKL untuk 2019, 2020 dan 2021 boleh dirujuk pada laman berikut: https://link.ws/dcskl2021