Program ini merupakan kerjasama antara BSTP KPM dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bertujuan untuk mengasah kemahiran teknologi digital murid dalam pembangunan gamifikasi dan Augmented Reality serta menyokong matlamat Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid untuk melahirkan murid fasih digital.
Program ini merangkumi tiga siri Accelerator Labs dan Battle of Digital Ninja.
Program ini terbuka kepada semua murid sekolah KPM Tahun 5 hingga Tingkatan 4 secara individu.
Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh diperolehi melalui laman web berikut: https://bit.ly/DigitalNinja2023