MINECRAFT EDUCATION EDITION CHALLENGE 2023
MINECRAFT EDUCATION EDITION CHALLENGE 2023
Pertandingan ini adalah di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang fasih digital berkaitan aplikasi Minecraft.
Murid perlu menggunakan aplikasi Minecraft untuk melaksanakan tugasan mengikut tema.
Program ini terbuka kepada semua murid sekolah secara individu.
Kategori yang dipertandingkan:
a. Sekolah rendah (Tahap 1)
b. Sekolah rendah (Tahap 2)
c. Sekolah Menengah (Rendah)
d. Sekolah Menengah (Atas)
e. Sekolah Pendidikan Khas (Rendah)
f. Sekolah Pendidikan Khas (Menengah)
Guru pembimbing perlu mempunyai kemahiran asas berkaitan aplikasi Minecraft.
Taklimat pertandingan boleh diikuti melalui pautan berikut: Taklimat Minecraft
Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh diperolehi melalui laman web berikut: Minecraft 2023