ANJAKAN 7 PPM 2013 - 2025
Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menyokong pelaksanaan PPPM 2013-2025, terutamanya Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, yang dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. PEMBELAJARAN DIGITAL
Meningkatkan Kualiti Pembelajaran dalam PPPM 2013-2025, yang menggariskan ICT berpotensi besar untuk memacu dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran digital.
3. PEMBUDAYAAN INOVASI
Memupuk budaya inovasi yang berterusan dan melengkapkan generasi masa hadapan dengan Kemahiran teknologi yang sesuai perlu diperkasakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa kerana teknologi disruptif menguasai perubahan dunia.
4. GENERASI FASIH DIGITAL
Melahirkan murid yang bertanggungjawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni; membangunkan generasi yang fasih digital; meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesional pihak berkepentingan yang berkaitan pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan.