Pertandingan ini adalah di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang fasih digital berkaitan animasi.
Kumpulan murid dengan bimbingan guru perlu menghasilkan animasi yang menggunakan aplikasi tertentu yang bergantung kepada jenis animasi yang akan dihasilkan.
Program ini terbuka kepada semua murid sekolah mengikut kategori secara berkumpulan:
a. Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
b. Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)
Setiap kumpulan terdiri dari 3 orang murid dan 1 orang Guru Pembimbing.
Setiap sekolah boleh menghantar tidak melebihi 5 kumpulan.
Guru Pembimbing perlu mempunyai kemahiran berkaitan:
a. perisian berkaitan video editing
b. pembinaan skrip
Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh diperolehi melalui laman web berikut: DSTA 2023