PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling meliputi perkhidmatan kaunseling, khidmat bimbingan, konsultasi pendidikan, konsultasi kerjaya, konsultasi perkembangan manusia, konsultasi kesihatan dan lain-lain lagi. Setiap perkhidmatan sesi kaunseling adalah terjamin kerahsiaannya.

Pendekatan Psikologi meliputi pembangunan modal insan melalui kaunseling individu, kaunseling kelompok, konsultasi dan khidmat bimbingan. Manakala masalah klien dikategorikan kepada dadah/ inhalan/ alkohol, kerjaya, psikologi, interpersonal, prestasi, kewangan, kesihatan fizikal, keluarga/ peribadi, tatatertib dan disiplin.

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling merupakan alternatif bagi mengurangkan tekanan yang boleh menimbulkan gangguan kesihatan seperti asma, ulser, sakit kepala, dan sembelit. Gangguan ini juga memberi impak besar dalam prestasi kerja warga JPNS mahupun di PPD seterusnya mempengaruhi produktiviti staf. Gaya hidup yang sihat perlu dijadikan amalan sebagai langkah memperkasa diri dalam usaha mengelakkan tekanan.