Madelina Inum Anak Salipui k.b.;p.a.
KAUNSELOR PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN
KAUNSELOR PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN
Kaunselor Berdaftar (Lembaga Kaunselor Malaysia)
Ahli PERKAMA (Seumur Hidup)
Certified TAJMA Personality Profiling Practitioner
Pengamal Instrumen Personaliti Psikologi kaunseling (i2PK)
Certified Practitioner Of Clinical Mental Health Counseling
Pasukan Pakar Penyelidik Pembangunan Instrumen Indeks Kesejahteraan Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional. Bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang menyeluruh sepanjang hayat berdasarkan etika.
Pegawai / staf warga pendidikan yang ingin meleraikan kekusutan fikiran dan emosi. Melalui sesi bimbingan / kaunseling, klien dapat melihat dan menilai masalahnya dengan jelas dan objektif. Justeru itu, klien dapat mengambil tindakan secara berkesan untuk memperbaiki dirinya.
Pegawai / staf yang dirujuk oleh Ketua Jabatan yang difikirkan memerlukan khidmat kaunseling khususnya yang berkaitan dengan pekerja bermasalah dan berprestasi rendah mengikut Surat Pekeliling Bil 4/98.
Pegawai /staf yang ingin meningkatkan perkembangan diri dan kerjaya.
Merasa bimbang , kecewa, cepat marah, agresif, tertekan pasif, suka menyalahkan orang lain, murung dan perasaan negatif yang lain.
Kurang produktif, kurang berusaha, kurang bersungguh- sungguh, kurang bekerjasama, kurang senang dengan teguran dan kurang berkemahiran.
Menghadapi masalah interpersonal dengan ahli keluarga , pengurusan , rakan sekerja kdan orang lain.
Tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran atau perkembangan semasa.
Ingin berkongsi masalah anda dengan seseorang yang boleh dipercayai dan profesional.
Laman ini dibangunkan bagi memudahkan pengurusan maklumat agar dapat diuruskan dan disampaikan dengan baik. Segala maklumat di dalam laman ini adalah berdasarkan sumber yang diperolehi dan diterima melalui Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.