Kesejahteraan diri adalah elemen penting untuk memastikan setiap individu memiliki kehidupan yang berkualiti. Tindakan mengenepikan aspek psikologi dalam kerja harian memberikan kesan yang negatif dalam keharmonian sesebuah organisasi. Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri telah memandang serius isu stres dalam kalangan warga pendidik. Program ini dilaksanakan berdasarkan cabutan daripada Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 20/2018 bertarikh 23 November 2018 yang mengarahkan BPsK untuk membangunkan Pelan Tindakan Meningkatkan Kesihatan Mental Guru. Maka, BPsK telah mengambil inisiatif merancang, merangka dan melaksanakan program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru iaitu Program #3A Aware, Alert, Action.