PELAKSANAAN PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM DI DALAM
PEKELILING PERKHIDMATAN
SUMBER MANUSIA,
PENGURUSAN PSIKOLOGI VERSI 1.0 (2022)
PELAKSANAAN PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM DI DALAM
PEKELILING PERKHIDMATAN
SUMBER MANUSIA,
PENGURUSAN PSIKOLOGI VERSI 1.0 (2022)
Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam merupakan salah satu program yang terkandung di bawah Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.Dalam panduan tersebut, pelaksanaan Program Pementoran secara umum telah dijelaskan dalam Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi melalui Program Pengupayaan Kendiri (PPK) yang merupakan satu kaedah dalam mengurus sumber manusia bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai. Program ini merangkumi aspek penilaian,pembangunan, bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri.
Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti dengan objektif supaya penjawat awam kompeten dari segi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baharu dan dinaikan pangkat.
Pogram pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang bersifat jangka panjang.
Program coaching berfokus kepada peningkatan kemahiran dan kompetensi kerja yang bersifat jangka pendek dan program kaunseling berfokus kepada pembangunan dan peningkatan potensi diri pegawai untuk memangkin perubahan tingkah laku positif.
Pementoran merupakan perhubungan bermakna yang dibina antara mentor dan menti di mana mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan.