>Roti dan masakan beryis ialah adunan daripada gandum,yis,garam dan air serta bahan tambahan lain seperti gula,lemak dan cecair seperti susu dan telur.
Klasifikasi Roti dan Masakan Beryis
Roti yang mempunyai rasa manis yang menonjol.
Mempunyai tekstur lembut dengan atau tanpa isian.
Termasuk dalam kategori rich dough (adunan dengan kadar gula dan lemak yang tinggi dan melebihi 10%).
Roti yang memiliki warna putih.
Kandungan gula dan lemak di bawah 10%.
Bertekstur empuk.
Dikenali sebagai country bread atau crusty bread.
Diperbuat dengan atau tanpa gula dan lemak di dalamnya.
Berasal daripada negara-negara Eropah.
Roti bertekstur keras yang diperbuat daripada tepung rai (rye flour).
Mempunyai proses fermentasi yang panjang,iaitu 12 hingga 24 jam.
Biasanya ditambahkan dengan bahan yang berasa masam seperti cuka.
Dikenali dengan istilah sour dough.
Whole wheat atau tepung gandum lengkap adalah roti yang diperbuat daripada biji gandum yang dikisar,atau dari campuran biji-bijian lain.
Dihasilkan melalui doh dan juga bater.
Bahan campuran yang boleh ditambahkan ke dalam ialah buah-buahan campuran,perisa buah-buahan,coklat dan pewarna makanan.
Prosedur Penyimpanan Roti dan Masakan Beryis
Pembungkus roti
Roti dan masakan beryis yang dibeli dalam pembungkus plastik tidak digalakkan untuk dibuka sehingga ingin dinikmati.
Sekiranya pembungkus roti atau masakan beryis telah dibuka,pastikan plastik pembungkus diikat atau ditutup rapi kembali seperti asal.
Pastikan tiada kandungan udara berlebihan dalam plastik pembungkus semasa menyimpan semula roti atau masakan beryis.
Bekas kedap udara
Setelah dibuka,digalakkan supaya lebihan roti atau masakan beryis disimpan di dalam bekas kedap udara supaya kekal segar.
Roti perlu disimpan berasingan daripada bahan makanan yang lain kerana masakan beryis dapat menyerap bau dan rasa daripada bahan makanan lain.
Membekukan roti dan masakan beryis
Roti dan masakan beryis juga boleh dibekukan dalam peti sejuk sekiranya ingin disimpan dalam waktu yang lama.
Sebelum dibekukan,masukkan roti dan masakan beryis ke dalam beg plastik atau bekas kedap udara.
Roti dan masakan beryis yang dibekukan dapat mengelakkan daripada berkulat pada permukaan roti dan masakan beryis.
Jenis-jenis doh
Doh rendah lemak dan gula (Lean dough)
Doh yang dihasilkan sesuai untuk roti dan masakna beryis yang berpermukaan keras dan garing apabila dibakar.
Roti dan masakan beryis yang menggunakan kandungan bijirin yang tinggi juga menggunakan kaedah ini.
Contohnya: roti Perancis dan roti Itali.
Doh berkandungan lemak dan gula yang tinggi (Rich dough)
Biasanya dicampurkan cecair seperti telur dan susu untuk menambahkan keenakan.
Contoh:ban berinti dan dinner rolls.
Doh satu langkah(Straight dough method)
Merupakan kaedah mengandunkan semua bahan dalam waktu yang sama.
Biasakan yis akan dilarutkan terlebih dahulu.
Straight dough method boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis roti.
Contoh:roti putih dan ban-ban kecil.
Doh kaedah span(Sponge dough method)
Disediakan dalam dua bahagian.
Bahagian pertama ialah campuran tepung yang sedikit bersama yis dan air.
Doh kedua ialah campuran doh seperti biasa.
Doh diadun berasingan dan kemudiannya digabungkan bersama menjadi sebiji doh.
Doh menggunkan kaedah ini akan menghasilkan masakan beryis dengan kekenyalan yang sangat lembut.
Mise en Place
1.Kenal pasti resipi dan bahan yang diperlukan.
2.Sediakan bahan-bahan utama bagi penyediaan roti dan masakan beryis.
3.Timbang dan sukat bahan dengan tepat.
4.Sediakan inti lebih awal mengikut keperluan resipi.
5.Sediakan yis yang telah difermentasi mengikut keperluan resipi.
6.Rendam bahan makanan sekiranya perlu.
7.Susun bahan-bahan dalam bekas yang sesuai.
8.Sediakan mangkuk adunan bagi tujuan pengembangan.