>Desert merupakan hidangan manis yang dihidangkan ketika akhir hidangan utama seperti makanan tengah hari atau selepas makan malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan lagi hidagan itu.
Fungsi Desert
-Sajian terakhir dihidangkan selepas hidangan utama
-Menyeimbangkan rantaian hidangan
-Memberikan kepelbagaian warna dalam sajian
-Mempelbagaikan perisa dan rasa makanan
Desert Timur dan Barat
Sajian Timur
Desert sajian timur ialah desert yang menggunakan bahan tempatan sebagai sumber utama.Faktor utama yang mempengaruhi desert sajian Timur ialah budaya dan sumber yang mudah diperolehi.
i. Desert Panas
Desert jenis ini digoreng menggunakan kuantiti minyak yang banyak pada kuantiti yang sesuai.Contohnya,pisang goreng.
Steamed dessert dimasak dengan kaedah mengukus dengan menggunakan wap daripada air yang sedang mendidih seperti kuih seri muka dan kuih lapis.
Boiled dessert dimasak dengan kaedah merebus dan menggunakan haba lembap iaitu dalam cecair yang bersuhu 100C.Contohnya, puteri mandi.
ii. Desert Sejuk
Buah-buahan dibahagikan kepada dua bahagian dalam desert tempatan
Buah-buahan segar yang siap dipotong dan dihidang bersama-sama,atau sebagai gubahan dan disajikan kepada tetamu.
Diperbuat dengan melarutkan gelatin atau kristal jeli di dalam air.Rasa jeli boleh dipelbagaikan dengan menambah bahan perasa seperti yogurt,susu dan jus buah-buahan.
Sajian Barat
Desert Barat dihidangkan pada penghujung jamuan biasanya mempuyai rasa manis atau pahit daripada buah-buahan dan coklat.
i. Desert Panas
Perlu dihidangkan segera sebaik sahaja disediakan kerana akan terjejas dari segi rasa dan rupa jika dibiarkan terlalu lama pada udara.
Contohnya crepe,puff pastry,Danish dan sebagainya.
ii. Desert Sejuk
Desert sejuk ialah desert yang dihidangkan sejuk.
Antara contoh desert sejuk ialah kek,puding,jeli, agar-agar dan mousse.
Terdiri daripada desert asas krim,desert asas kastard dan puding.
Desert asas krim
Memerlukan lebih banyak bahan dan langkah penyediaan tetapi lebih senang disediakan berbanding dengan desert kastard.
Menggunakan agen pemekat barasakan bahan kanji yang berfungsi untuk menstabilkan telur dan boleh didihkan tanpa membuatnya berketul.
Perlu disimpan di dalam chiller sepamjang masa.
Antara contoh desert asas krim ialah tartlet buah-buahan dan pavlova.
Desert asas kastard
Dibuat dengan menggunakan susu atau krim,kuning telur,gula dan bahan perisa tambahan.
Kastard dimasak menggunakan kaedah water bath menggunakan dulang pembakar yang berisi air.
Kastard tidak boleh dibakar terlalu lama kerana produk yang terhasil akan berair,berketul dan mudah pecah apabila dipotong.
Antara produk popular yang berasal daripada asas kastard ialah krim karamel.
Puding
Puding ialah hidangan desert yang dihasilkan daripada bahan-bahan direbus,dikukus atau dipanggang.
Mempunyai rasa manis dan dihasilkan daripada agar-agar,telur serta campuran tepung.
Antara contoh puding ialah puding vanilla flan.
Bahan asas dalam Penyediaan Desert Timur dan Barat
Kelapa
Ubi-ubian
Biji Barli
Gula Melaka
Tepung Beras
Tepung Pulut
Tepung Gandum
Susu
Krim Keju
Krim Segar
Gula
Mentega
Telur
Gelatine
Buah-buahan
Mise en Place
1.Kenal pasti resipi dan bahan diperlukan.
2.Sediakan bahan-bahan utama lbagi penyediaan desert.
3.Timbang dan sukat bahan dengan tepat.
4.Sediakan inti lebih awal mengikut keperluan resipi
5.Bakar bahan-bahan seperti kekacang mengikut keperluan resipi.
6.Rendam bahan makanan sekiranya perlu.
7.Susun bahan-bahan dalam bekas yang sesuai.