Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Kuang merupakan satu unit di bawah Hal Ehwal Murid yang memberikan perkhidmatan membantu murid dalam pertumbuhan dan perkembangan diri melalui pendekatan kaunseling dan psikologi kepada semua murid
Sekolah Kebangsaan Kuang.
En. Muhammad Fariz Bin Fauzi
Pn. Norhazlina Binti Abd. Hamid
Pn. Intan Fatini Binti Darwis
Pn. Suhaida Binti Hashim
Menguruskan program dan aktiviti keunseling dengan cekap dan berkesan.
Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi ( EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.
Memupuk pengembangan personaliti kendiri murid daripada aspek berikut:
Penyayang
Budi Bahasa
Kepimpinan
Komunikasi
Kekemasan diri
Ketepatan Masa
Membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan menguruskan kesejahteraan diri dan mental. Guru BNK akan:
Bimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
Bimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif
Memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah terlibat dalam gejala sosial dan disiplin.
Pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat kerjaya, pengetahuan tentang kerjaya dan hala tuju kerjaya