Program minggu kerjaya ini merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid mengenai pelbagai bidang kerjaya di negara kita yang boleh dicuburi oleh semua murid. Dengan pengetahuan yang ada ini membolehkan murid-murid untuk menerokai pelbagai kelemahan dan kelebihan yang dimiliki untuk disesuaikan kerjaya dengan diri mereka.
Dengan wujudnya minggu kerjaya ini, sedikit sebanyak mampu memberi peluang kepada murid-murid untuk menyiapkan diri mereka sejak dibangku lagi untuk menceburi pekerjaan yang mereka minati bersesuaian dengan cita-cita yang mereka impikan.