Unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama unit surau Ar-Raudhah ingin memantapkan amalan 5S iaitu senyum, sapa, salam, sopan dan sayang kepada semua murid dan warga sekolah. Amalan ini bertujuan untuk membudayakan nilai-nilai murni sama ada dalam kalangan murid, guru dan kakitangan sekolah. Secara umum, nilai 5 S iaitu senyum, sapa, salam, sopan dan sayang perlu dimantapkan dan dipraktikkan. Untuk merealisasikan amalan ini, pengetahuan dan kesedaran kepada semua murid dan warga sekolah dilakukan melalui aktiviti seperti kempen, taklimat, kuiz dan pelaksanaan bersama.
Memupuk budaya salam dalam kalangan murid dan warga sekolah
Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah
Mengubah gaya amalan salam dengan lebih baik
Meningkatkan nilai dan kesedaran kepentingan amalan 5S