Program Transformasi ini dirangka oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi membimbing murid- murid menyesuaikan diri pada awal sesi persekolahan. Program ini juga membantu murid mengenali potensi diri, mengurus diri dan meningkatkan motivasi diri murid.
Program ini diolah bagi merangkumi empat fokus utama bimbingan dan kaunseling di sekolah iaitu pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, pendidikan kerjaya murid, peningkatan disiplin murid dan psikososial dan kesejahteraan murid. Pengenalan awal bidang bimbingan dan kaunseling ini diharap dapat memberi impak dalam pembentukan imej diri murid mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.