Pembimbing Rakan Sebaya peringkat sekolah rendah dikenali sebagai PRS Bongsu. Ahli PRS perlu menjalani kursus dan lulus ujian bertulis untuk mendapat pensijilan dan pengiktirafan sebagai PRS Bongsu. Ahli PRS SK Kuang dilantik dalam lingkungan murid tahun 4 hingga tahun 6
Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.
Menjadi pendengar yang peka kepada luahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, rokok, hubungan jantina dan pencabulan kehormatan.
Membantu murid yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya
Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok
Membantu dan memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.
Membantu dalam aktiviti menceriakan unit bimbingan dan kaunseling sekolah, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang berkaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.