PENGENALAN
Semua murid warganegara Malaysia di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM, Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) / Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah Kerajaan Negeri adalah layak menerima bantuan SPBT tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak.
Dasar SPBT ini juga meliputi pemberian buku teks kepada sekolah-sekolah yang terlibat dengan program khas KPM seperti Program Khas Pelaksanaan Sekolah Integriti , Sekolah Henry Gurney, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Dalam Hospital dan Kolej Vokasional.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBUBAPA/PENJAGA DAN MURID
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBUBAPA / PENJAGA
Ibubapa / penjaga murid berperanan memupuk rasa sayang, sikap bertanggungjawab dan menghargai buku teks SPBT dalam kalangan anak / tanggungan mereka. Oleh itu, ibubapa / penjaga mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut :-
1. Memastikan anak / tanggungan menjaga keselamatan buku teks SPBT dengan baik
2. Memastikan anak / tanggungan membawa buku teks SPBT mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Memastikan buku teks SPBT yang dipinjam oleh anak / tanggungan dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
4. Menggantikan buku teks SPBT yang dirosakkan / dihilangkan oleh murid sama ada
menggantikannya dengan buku teks atau mengikut harga buku tersebut.
5. Menyokong pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT sekolah atau program-program sekolah yang
berkaitan dengan SPBT.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID
1. Mengisi maklumat diri di ruangan yang disediakan pada buku teks.
2. Mematuhi peraturan penjagaan buku teks.
3. Memulangkan buku teks SPBT yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
4. Menggantikan buku teks SPBT yang rosak / hilang.
5. Membaik pulih buku teks SPBT yang koyak atau rosak.
6. Murid digalakkan menjadi ahli Kelab SPBT dan mematuhi perlembagaan serta peraturan kelab.
JAWATANKUASA SPBT 2025/2026
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )
KETUA
WAN SANIRA BINTI WAN YUSOFF
AJK
SHARIFAH NUR WAHIDAH BINTI SYED MOHAMMAD
FAUZAH BINTI HUSSIN
NORHAFIZAH BINTI MOHD YUSOFF
WADIYAH BINTI MAT DAHAN
SEMUA GURU KELAS