Sistem Sahsiah Diri Murid
SSDM
SSDM
PENGENALAN
SSDM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh KPM untuk merekod pengurusan diri murid di sekolah. Secara lebih khususnya ianya berkaitan perekodan sikap atau peribadi murid samada berunsur positif mahupun negatif.
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah salah satu modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid. Ianya juga berkait rapat dengan APDM sekolah yang perlu diisi oleh para guru untuk maklumat para pelajar. Data murid dari sistem ini dihubungkan dengan data dari APDM. Oleh kerana itu pentingnya untuk guru-guru mengemaskini maklumat yang benar dan tepat ke dalam sistem APDM terlebih dahulu.
Selain dari perekodan perilaku masalah disiplin, amalan baik juga akan direkodkan ke dalam SSDM. Contoh amalan baik adalah seperti memungut sampah di dalam kelas, membantu rakan atau guru dalam kesusahan, membersihakn dan mengemas meja guru, menghormati rakan dan guru dan banyak lagi amalan murni yang boleh direkodkan.
OBJEKTIF SSDM
Objektif utama SSDM ini dirangka adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah dan jati diri murid dengan menggalakkan murid dalam mengamalkan nilai-nilai murni dan pekerti mulia di dalam kehidupan seharian. Ianya membantu dalam penyediaan maklumat yang perlu dikemaskini secara langsung membantu dalam mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih berkesan.Â
LAMAN SESAWANG SSDM KPM