PENGENALAN
PENGENALAN DAN KONSEP
Murid dinilai dan diberi markah oleh guru berdasarkan perlakuannya semasa di sekolah. Murid diberi markah merit jika berkelakuan positif dan demerit jika sebaliknya. Rekod pelajar dicatatkan dan dibawa markahnya dari dia mula bersekolah di sekolah ini sehinggalah dia meninggalkan sekolah ini dan keputusannya akan dicatatkan dalam Sijil Akuan Pelajar berdasarkan penggredan ini.
RASIONAL DAN KEBAIKAN SISTEM
Dapat melihat rekod disiplin murid walaupun tidak menggambarkan personaliti murid tersebut secara total dan tepat . Rekod tersebut dapat digunakan pihak sekolah sekurang-kurangnya sebagai asas untuk menentukan sama ada murid perlu diberi kaunseling, motivasi, pengkayaan dan sebagainya. Dapat digunakan sebagai rujukan apabila guru berhadapan dengan ibu bapa atau penjaga. Apa yang berlaku, tarikh kejadian, tandatangan guru dan murid semuanya tercatat di dalam sistem tersebut. Murid akan lebih berdisiplin apabila menyedari tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas mereka oleh pihak sekolah. Murid juga akan lebih bersemangat untuk melakukan perkara-perkara yang positif kerana akan diberi ganjaran yang setimpal. Murid akan lebih peka terhadap persekitarannya dan berusaha untuk mengadaptasikan diri secara positif sama ada di dalam kelas ataupun di sekitar kawasan.