Pengenalan :-
KPM menubuhkan JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang di pengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu nasional berkaitan 3 aspek di atas. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K ini.
Taarifan
Kebersihan : Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
Kesihatan: Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.
Keselamatan: Suasana yang selamat di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.
Skop dan Bidang Tugas :-
Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan iaitu;
Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah
Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi berkaitan
Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah
Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan
Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah
Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan dengan perjanjian/kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.
Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid.
Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah;
Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.
Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan
Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.
Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan
Menyediakan laporan secara berkala.
Cadangan Pelaksanaan Aktiviti
Melaksanakan program kebersihan;
Program Penjagaan Gigi dan Mulut
Program Bebas Kutu
Program Cuci Tangan
Program Penjagaan Kuku
Program Kemas Diri
Program Membasmi Kudis Buta
Selain daripada program di atas pertandingan juga diadakan seperti;
Pertandingan Kebersihan
Petandingan landskap
Pertandingan Kantin
Pertandingan Angkat Kelas
Pertandingan Melukis dan Mewarna
Pertandingan Kuiz, Pidato dan Bahas
Pameran
Program-program lain seperti Program Bebas Denggi, menyediakan sudut keceriaan dan sekolah kawasan Larangan Merokok.
https://www.moe.gov.my/program-kesihatan-di-sekolah-2
JAWATANKUASA INDUK 3K
PENGURUSAN 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN)
JAWATANKUASA UNIT 3K
KETUA : MUHAMAD SUHAIMI BIN MUSTAFA
SETIAUSAHA : SHANTANA A/P MARUDADORAI
AJK : MUHAMMAD HAZIQ BIN ABD AZIZ (KEBERSIHAN)
: ELYYZA BINTI HASSAN (KESIHATAN)
: AMIRUL MUKMIN BIN ARIFIN (PPDa)
: KHAIRUIZWAN BIN ABDULLAH (PPDe)
: AHMAD AZZAM BIN TAJUDDIN (KANTIN)
: MOHD TAUFIK BIN A RAHMAN (KESELAMATAN)
: WADIYAH BINTI MAT DAHAN (BILIK CERNA)
: YUS EFENDI BIN MOHAMAD YUNOS (PPKI)
: NOOR HASNI BINTI HASAN (PRASEKOLAH)
: GURU BERTUGAS MINGGUAN
: PIBG SEKOLAH
: PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (POLIS)
: MAJLIS PERBANDARAN KLANG
: PEJABAT KESIHATAN DAERAH KLANG (PKD)