Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
JENIS BANTUAN: Bantuan Khusus
PENGENALAN :
Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1979. Program ini bertujuan memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan kepada murid sekolah rendah terutamanya dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
Setiap murid yang menerima manfaat ini juga dibekalkan dengan sekotak susu sebagai diet tambahan.
Bekalan makanan bagi program RMT diberikan kepada penerima RMT pada setiap hari persekolahan dengan jumlah hari maksima sebanyak 190 hari setahun.
Menu RMT ditetapkan oleh KPM dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak sekolah boleh memilih menu RMT daripada 20 menu yang ditetapkan.
Mulai tahun 2022, pemberian susu dilakukan pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu sebelum ini.
KADAR :
Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3.50 seorang murid/hari.
Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan adalah sebanyak RM4.00 seorang murid/hari.
PEMILIHAN/ KRITERIA KELAYAKAN :
Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
Pendapatan Isi Rumah (PIR) keluarga murid adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa dalam kategori miskin tegar; atau
Murid di Sekolah Orang Asli/Penan; atau
iv. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Murid yang tingal di asrama tidak layak menerima RMT.
KAEDAH PENYALURAN/ AGIHAN :
Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui JPN/Bahagian.
PUNCA KUASA :
Surat Pekeliling Kewangan BT 19 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah Rendah
Program Susu Sekolah (PSS)
JENIS BANTUAN :
Bantuan Khusus
PENGENALAN :
1. Sebagai tambahan kepada program Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
Program Susu Sekolah (PSS) telah diperkenalkan pada tahun 1983 sebagai
makanan tambahan untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi dan
pemakanan yang seimbang serta memupuk tabiat pemakanan yang baik supaya
murid sihat dan sentiasa segar.
2. Program ini juga adalah untuk meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan di
kalangan murid-murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal,
mental dan kesihatan murid-murid sekolah rendah bertambah baik.
KADAR :
Satu kotak susu untuk setiap murid penerima pada setiap hari persekolahan.
PEMILIHAN :
PSS diberikan kepada semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
yang memenuhi kriteria berikut:
1. Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional
semasa; atau
2. Semua murid yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/ Penan; atau
3. Semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad
Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).
4. Murid yang tinggal di asrama tidak layak menerima PSS.
KAEDAH PELAKSANAAN :
Susu kotak UHT (Ultra High Temperature) dibekalkan kepada sekolah untuk diedar
kepada murid.
PUNCA KUASA :
1. Surat Pekeliling Kewangan BT 19 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Di
Sekolah Rendah.
2. Panduan Pengurusan Susu Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PROGRAM SUSU / KANTIN
PENYELARAS 1
AHMAD AZZAM BIN TAJUDIN (KANTIN)
PENYELARAS 2
WADIYAH BINTI MAT DAHAN (RMT)
AJK
NOR AINI BINTI CHE SOH (RMT TAHAP 1)
MUHAMMAD HARITS BIN ILIAS (RMT TAHAP 2)
FAZLINA BINTI RAMLAY (RMT PPKI)
NORIZAN BINTI BATIN
WAN SANIRA BINTI WAN YUSOF
ZATUL IFFAH BINTI MUHAMED
VETHIYA A/P KRISHNAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID