PERFORMANCE IS OUR ACHIEVEMENT
MAKLUMAT AM
MOTO : USAHA JAYA BAKTI
JENIS : SEKOLAH HARIAN
SESI : PAGI SAHAJA
KOD : BEA8604
DAERAH : PETALING PERDANA
SINGKATAN : SMKSJ
TINGKATAN : PERALIHAN HINGGA T5
ENROLMEN
JUMLAH GURU : 66 ORANG
JUMLAH AKP : 8 ORANG
JUMLAH MURID : 941 ORANG
PERALIHAN : 9
TINGKATAN 1 : 237
TINGKATAN 2 : 186
TINGKATAN 3 : 167
TINGKATAN 4 : 186
TINGKATAN 5 : 156
Data dikemaskini : 03/07/2024
Sekolah Menengah Subang Jaya telah dibuka pada 01 Januari 1981. Terletak di kawasan perumahan Subang Jaya yang sedang pesat membangun. Sekolah yang mengandungi 4 buah bangunan ini didirikan di sebuah kawasan yang seluas 6.9 ekar. Dua daripada bangunan tersebut dijadikan bilik darjah, sebuah untuk bangunan Seni Perusahaan dan sebuah lagi adalah untuk kantin sekolah. Kelas pula terdiri daripada aliran Perdagangan dan Seni Perusahaan atau Sains Rumah Tangga yang hanya diadakan untuk sesi pagi sahaja.
Pada masa sekolah ini mula dibuka, murid-muridnya adalah seramai 581 orang yang terdiri daripada tingkatan satu dan peralihan sahaja. Bilangan guru-gurunya pula adalah seramai 24 orang iaitu 6 orang guru lelaki dan 18 orang guru perempuan. Jawatan Guru Besar yang pertama telah disandang oleh Encik Mohd Isa bin Haji ABu. Sebagai Guru Besar yang pertama, beliau telah membuat berbagai pembaharuan untuk memajukan sekolah. Antaranya adalah mengadakan undang-undang sekolah, penubuhan persatuan dan kelab-kelab.
Pada tahun 1982 pula, kelas-kelas sesi pagi dan petang telah mula diadakan. Pada masa ini, sekolah terdiri daripada tingkatan 1, tingkatan 2 dan peralihan. Bilangan murid-murid juga telah meningkat menjadi 929 orang berbanding dengan 581 pada tahun 1981. Bilangan guru-gurunya juga telah bertambah menjadi 39 orang. Pada 01 Ogos 1982, jawatan Guru Besar telah diambil alih oleh Encik Mat Yassir bin Haji Ikhsan. Semasa beliau bertugas di sekolah ini, banyak jasa-jasa yang telah beliau taburkan. Antaranya adalah beliau telah mencipta sebuah lagu sekolah dan bendera sekolah. Dalam acara sukan pula iaitu bola sepak, beliau sendiri telah menjadi jurulatihnya sehingga telah memenangi beberapa perlawanan.
Semasa beliau bertugas di sini, aktiviti-aktiviti luar seperti persatuan-persatuan telah berjalan dengan lancarnya. Pada tahun ini juga telah diadakan sukan rasmi yang pertama kalinya yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Liew Sip Hon.
Pada tahun 1983, usia Sekolah Menengah Subang Jaya telah bertambah dewasa. Bilangan murid-murid telah bertambah menjadi 1214 orang, guru-gurunya juga telah bertambah menjadi 49 orang termasuk guru-guru siswazah. Pada 30 Mac 1983, jawatan Guru Besar sekali lagi berpindah tangan apabila Encik Mat Yassir bin Haji Ikhsan telah digantikan dengan Encik Mazlan bin Mohd Yusof. Smeoga sekolah ini maju setapak lagi dan akan dapat membentuk generasi-generasi muda yang berguna pada masa akan datang.
SMKSJ telah dipilih sebagai "Sekolah Harapan" peringkat negeri Selangor pada tahun 1993, manakala di peringkat kebangsaan, SMKSJ menduduki tempat kedua. Majlis Mengejar Emas telah ditubuhkan pada 16 Jun 1993, dengan Muhammad Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu sebagai penaung. Objektifnya adalah untuk melahirkan dua atlet pemenang pingat emas (lelaki dan perempuan) dalam kalangan pelajar SMKSJ dalam Sukan Komanwel SUKOM 1998.
Dengan usaha Puan Sri To' Puan Rohani Awang Chik, pengetua kesembilan, sebuah dewan telah siap pada tahun 1994 dan dinamakan Dewan Sri SMKSJ sempena nama beliau. Ia dibuka secara rasmi oleh Wan Zahid Nordin, Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu pada 29 Jun 1995.
Dalam ucapan perasmian, beliau menyifatkan SMKSJ sebagai "Sekolah Biasa, Warga Luar Biasa"