MATLAMAT
Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di SMK Subang Jaya ini lebih kondusif dan produktif.
TUJUAN PENUBUHAN
Mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan kakitangan dengan syarat tiada 'faedah' atau bermotifkan keuntungan.
Membolehkan guru-guru dan kakitangan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.
Membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.
FUNGSI
Fungsi kelab guru dan kakitangan adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara seperti :
Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan kakitangan serta menjaga kebajikan mereka
Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan sosial antara guru-guru dan kakitangan serta sekolah.
KEAHLIAN
Terbuka kepada semua guru dan kakitangan SMK Subang Jaya. Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik. Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan. Jawatankuasa ini dilantik oleh ahli setiap mesyuarat agung tahunan setiap tahun.
Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan hendaklah terdiri daripada Guru atau Kakitangan yang masih lagi berkhidmat di SMK Subang Jaya
AHLI JAWATANKUASA KELAB
Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri :-
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh mesyuarat agung tahunan pada tahun berikutnya.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
Fungsi Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ialah untuk mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
Pengerusi
Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhimat.
Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa- apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.
Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi.
Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
Naib Pengerusi
Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi Pengerusi.
Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi
Setiausaha
Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan.
Menyediakan laporan-laporan untuk di bentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.
Naib Setiusaha
Membantu setiausaha dalam menjalan segala tugas-tugas dan fungsi setiausaha.
Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
Bendahari
Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa ke semasa.
Mengurus perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KKGK.
Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbagan daripada mana-mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan .
Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab.
Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada mesyuarat agung serta laporan-laporan yang berkaitan.
MANFAAT
Sumbangan ahli bersara - Wang Tunai/Hadiah
Sumbangan kematian - Ayah/Ibu/Suami/Isteri/Anak
Sumbangan perpindahan - Wang Tunai/Hadiah
Sumbangan ahli bersalin – Ahli yang bersalin anak pertama di SMKSJ
Sumbangan kemasukan ke hospital - Suami/Isteri/Anak
Hadiah hari guru - Hadiah
Hadiah perkahwinan pertama - Wang Tunai/Hadiah
Tabung Kecemasan - Banjir/Kemalangan/Kecurian