SEPTEMBER 2024
OGOS 2024
Perkhemahan perdana kokurikulum SMK Subang Jaya telah diadakan pada 09 & 10 OGOS 2024 di SMK Subang Jaya.
Persediaan perkhemahan dimulakan dengan memasang khemah di padang sekolah.
Pemasangan khemah guru oleh guru-guru yang turut serta berkhemah bersama murid-murid.
Makan malam disediakan oleh para guru
Aktiviti berkumpulan semasa malam kebudayaan
Masakah Rimba
Aktiviti di dalam Dewan Sri SMK Subang Jaya
Sesi fotografi bersama guru dan semua peserta perkhemahan perdana
Majlis penutupan
20 OGOS
Dataran Setia, SMK Subang Jaya.
NYANYIAN BEBERAPA BUAH LAGU PATRIOTIK
GIMIK PELANCARAN JERAYAWARA BIDANG KEMANUSIAAN
GURU-GURU TURUT BERSEMANGAT MENYANYIKAN LAGU PATRIOTIK
PELANCARAN JERAYAWARA BIDANG KEMANUSIAAN
Generasi Madani Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024
20 Ogos 2024
Malaysia Books of Record (MBOR): Largest Students Participation In A 'Pidato' Session.
JULAI 2024
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA
Tiga borang telah diedarkan kepada murid yang terlibat dengan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda. Murid yang terlibat adalah daripada kumpulan berikut :
Ketua Tingkatan, Penolong Tingkatan, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ajk-ajk Skuad Sekolah
Berikut adalah maklumat mengenai Kem tersebut :
📍Tarikh : 27 Julai 2024
📍Masa : 7.30 pagi -3.00 petang
📍Pakaian : Baju Sukan
📍Barang yang perlu dibawa: Alat tulis, Buku catatan, Air minuman
📌Borang yang perlu dikembalikan : Surat Kem Kepimpinan, Borang Kebenaran Mengikuti Kem Kepimpinan, Borang Kesihatan
🌺Terima kasih kepada murid yang telah menyerahkan borang.
🚨Tarikh akhir penghantaran adalah 24 Julai 2024.
📌Sila serahkan borang tersebut kepada Cikgu Thana/Ustazah Siti Aishah/Cikgu Farahafizah.
Terima kasih.
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA
Tiga borang telah diedarkan kepada murid yang terlibat dengan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda. Murid yang terlibat adalah daripada kumpulan berikut :
Ketua Tingkatan, Penolong Tingkatan, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ajk-ajk Skuad Sekolah
Berikut adalah maklumat mengenai Kem tersebut :
📍Tarikh : 27 Julai 2024
📍Masa : 7.30 pagi -3.00 petang
📍Pakaian : Baju Sukan
📍Barang yang perlu dibawa: Alat tulis, Buku catatan, Air minuman
📌Borang yang perlu dikembalikan : Surat Kem Kepimpinan, Borang Kebenaran Mengikuti Kem Kepimpinan, Borang Kesihatan
🌺Terima kasih kepada murid yang telah menyerahkan borang.
🚨Tarikh akhir penghantaran adalah 24 Julai 2024.
📌Sila serahkan borang tersebut kepada Cikgu Thana/Ustazah Siti Aishah/Cikgu Farahafizah.
Terima kasih.
PERJUMPAAN KOKURIKULUM KELAB DAN PERSATUAN (KEPER)
Tarikh: 17 Julai 2024
Tempat: mengikut jadual perjumpaan unit KEPER
Masa: 1.30- 4.30 ptg
📍1.30 murid muslim Akan solat berjemaah di dewan (murid lelaki) dan surau ( murid perempuan).
📍Murid dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan jam 2.00 ptg.
📍Murid T5 akan terlibat dengan Program Gilap Permata
📍Murid tingkatan 4 akan terlibat dengan Kokurikulum (Gilap Permata ditangguhkan pada setiap hari Rabu)
📍Pakaian pagi-baju unit beruniform.
📍Bawa air secukupnya.
📍Balik jam 4.30 ptg
🌹Diharap ibu bapa/ penjaga dapat menguruskan pengangkutan anak2 tuan puan pada hari tersebut.
🌼🌹Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua guru, ibu bapa/penjaga dan murid☺️😊
SUMBANGAN UNTUK MSSD DARIPADA IBU BAPA
Unit Kokurikulum mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang sudi memberi sumbangan untuk
MSSD :
➡️1.Pn Lili Natrah RM100.00
➡️2.Pn Sharifah Faridah binti Syed Omar RM50.00
➡️3.Pn Maslina binti Musa RM20.00
➡️4.Pn Suzaiti binti Azman RM500.00
➡️5.Pn Suraya RM200.00
Unit Kokurikulum akan memanfaatkan sumbangan tersebut dengan sebaik-baiknya. Semoga para penyumbang sentiasa dimurahkan rezeki dan anak2 sentiasa dimudahkan dalam urusan pembelajaran.
PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
Tarikh:15 JULAI 2024 (Isnin)
Tempat: Dataran Setia
Jam: 7.30 pagi
📍Semua guru dan murid dikehendaki memakai baju Badan Beruniform masing-masing.
📍Perhimpunan Rasmi ini akan dikendalikan oleh Badan Beruniform PENGAKAP SMK SUBANG JAYA
🌼🌹Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua guru, ibu bapa/penjaga dan murid☺️😊
SUMBANGAN KEBAJIKAN DARIPADA IBU BAPA
SUMBANGAN
1. Wang tunai untuk bayaran penyelengaraan 'Water cooler service ' : (27/6/24) daripada : 🌷 En Shafrizan - RM 320
Anak: Muhammad Fahim Zaquan (3 Bakti) & Ayeesha Aemily (1 Bakti)
🌷 Pn Wan Hanum - RM 320 🌷 Ibu (anonymous) - RM 160💐💐
2. Makanan sihat sebanyak 500 bungkus pada 12/6/24 daripada🌷What-a-waste dengan kerjasama Pn Irene💐💐
3. Barangan beras, biskut, minuman dan 100 buku roti Gardenia untuk anak2 B40 SMK Subang Jaya untuk bulan April, Mei dan
Jun daripada :🌷Taylor's University💐💐
4. RM 800 tunai bagi menampung kutipan sumbangan PIBG RM 100 - ( 8 keluarga asnaf ) sesi 2024/2025 pada 3/72024
daripada : 🌷Hamba Allah 💐💐
5. Derma RM 200 tunai kepada Tabung Kebajikan PIBG untuk melancarkan aktiviti Biro Kebajikan SMKSJ pada 9/7/2024
daripada : 🌷 En Helmy Izzudin sekeluarga 💐💐
6. Sumbangan air minuman dan makanan(roti) untuk Gerobok Rezeki daripada: 🌷Pn Farah melalui anak beliau, Khalis (2 Gigih)
Jika tuan/ puan ingin membuat sumbangan sila hubungi Pn Thana/ Pn Farah - Ajk Biro Kebajikan Pibg SMKSJ. Segala sumbangan tuan/ puan adalah tanda sokongan padu dalam semua perkara melibatkan anak-anak kita. 🌹
Terima kasih.
🌺Biro Kebajikan PIBG ~ SMKSJ🌺
PERJUMPAAN KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM (UBER)
Tarikh: 10 JULAI 2024
Tempat: mengikut jadual perjumpaan unit UBER
PENGAKAP- PUSAT KOKU, KRS-ARENA KASMA, BSMM-KANTIN , KADET POLIS- Dataran SETIA , PANDU PUTERI- PSS,
BOMBA- 1 SETIA, PUTERI ISLAM- surau
Masa: 1.30- 4.30 ptg
📍1.30 murid muslim Akan solat berjemaah di dewan (murid lelaki) dan surau ( murid perempuan).
📍Murid dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan jam 2.00 ptg.
📍Pakaian - Pakai baju unit beruniform masing2
📍Bawa air secukupnya.
📍Balik jam 4.30 ptg
🌹Diharap ibu bapa/ penjaga dapat menguruskan pengangkutan anak2 tuan puan pada hari tersebut.
🌼🌹Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua guru, ibu bapa/penjaga dan murid☺️😊
PROGRAM GILAP PERMATA T4 DAN T5
Tarikh:8 Julai - 21 Ogos 2024
Tempat: Kelas T4/T5
Masa: Rujuk Jadual Gilap Permata Fasa (3)T5 dan Fasa (2)T4
📍Program Gilap Permata akan diteruskan seperti biasa bermula pada minggu hadapan.
📍Mohon semua guru dan murid peka dengan tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
💐Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua guru dan murid☺️😊
CUTI SEMPENA
AWAL MUHARRAM
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada tarikh berikut :
8 JULAI 2024 ( ISNIN)
Sekolah akan dibuka semula pada 9 JULAI 2024 (SELASA).
Diharapkan ibu bapa dapat memastikan anak-anak dapat kembali ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa.
Pihak sekolah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam dan berharap anak-anak SMKSJ dapat memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya.
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
CUTI SEMPENA
AWAL MUHARRAM
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada tarikh berikut :
8 JULAI 2024 ( ISNIN)
Sekolah akan dibuka semula pada 9 JULAI 2024 (SELASA).
Diharapkan ibu bapa dapat memastikan anak-anak dapat kembali ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa.
Pihak sekolah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam dan berharap anak-anak SMKSJ dapat memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya.
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
JUN 2024
e-KARNIVAL PPDa
*Sebaran informasi anyflip e-Karnival PPDa*
📌Info Dadah
( 20 Jun 2024 - Khamis)
https://anyflip.com/yapdh/bbiz/
📌Info Arak /Alkohol
(21 Jun 2024 Jumaat)
https://anyflip.com/hezsm/ayuk/
GILAP PERMATA
Makluman kepada semua guru, murid T4 dan T5, kelas Gilap Permata ditangguhkan sepanjang minggu Pentaksiran Pertengahan Tahun berjalan.
Terima kasih.
KEJOHANAN OLAHRAGA
🏆KEJOHANAN OLAHRAGA SMK SUBANG JAYA KALI KE-38🏆
TARIKH: 14/6/2024
HARI: JUMAAT
TEMPAT: STADIUM MINI KPM USJ 23
MASA: 7.00 pagi-12.00 tghari
PAKAIAN: BAJU RUMAH SUKAN
SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2024 kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.
Kepada mereka yang menunaikan ibadah haji, semoga memperoleh Haji yang mabrur, inshaAllah.
PEMAKLUMAN CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDIL ADHA 2024
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada tarikh-tarikh berikut :
1) 17/6/2024 : ISNIN - Hari Raya Aidil Adha
2) 18/6/2024 : SELASA - Cuti Peristiwa Sempena Hari Raya Aidil Adha
Sesi Persekolahan akan dibuka semula pada 19 JUN 2024 (Rabu).
Diharap ibu bapa dapat memastikan anak-anak dapat kembali ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran masing-masing.
Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada Jumaat 21 Jun 2024 mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan untuk tingkatan masing-masing.
Pihak sekolah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan berharap anak-anak SMKSJ dapat memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya.
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
LATIHAN RUMAH SUKAN
💥Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Subang Jaya akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan 2024 seperti ketetapan berikut:
➡️Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat)
➡️Masa: 7.00 pagi - 12.20 tengah hari
➡️Tempat : Stadium KPM USJ 23
💥Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan membuat kutipan tambang bas murid ke Stadium sebanyak rm10 setiap murid. Bayaran boleh dibuat kepada guru tingkatan masing-masing secara tunai mulai 20/5/24- 5/6/24.
Segala kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga murid amat kami hargai dalam memudahkan urusan pengangkutan anak2 ke stadium.
Sekian terima kasih.
SUNTIKAN ATT
Hari Isnin 24 Jun 2024 akan dijalankan program suntikan anti tetanus toxoid (ATT) untuk murid Tingkatan 3.
Murid 3 Setia, Usaha & Bakti diminta untuk memakai baju PJ, untuk memudahkan urusan suntikan.
Harap maklum, terima kasih.
MEI 2024
LATIHAN RUMAH SUKAN
💥Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Subang Jaya akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan 2024 seperti ketetapan berikut:
➡️Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat)
➡️Masa: 7.00 pagi - 12.20 tengah hari
➡️Tempat : Stadium KPM USJ 23
💥Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan membuat kutipan tambang bas murid ke Stadium sebanyak rm10 setiap murid. Bayaran boleh dibuat kepada guru tingkatan masing-masing secara tunai mulai 20/5/24- 5/6/24.
Segala kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga murid amat kami hargai dalam memudahkan urusan pengangkutan anak2 ke stadium.
Sekian terima kasih.
SUMBANGAN BERAS DARIPADA SYARIKAT JASMINE
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman ibu bapa,hari ini murid-murid tingkatan 1,2,3 & 5 menerima saguhati beras (400g) daripada pihak Jasmine sempena Program Pemakanan Sihat - Healty Rice Style.
TAKLIMAT PEMILIHAN PEMAIN BADMINTON
Pelajar yang berminat mewakili sekolah dalam acara Badminton sila berkumpul di Dewan Sri bagi Sesi pemilihan pemain dan untuk mengambil surat kebenaran ibu bapa.
Pemilihan pemain Badminton akan di adakan seperti berikut :
Hari : Khamis
Tarikh : 23/5/2024
Masa : 2.00 - 3.30 Ptg
Tempat : Dewan Sri
LARIAN RIA PERCUBAAN
Maklumat Larian Ria Percubaan SMK Subang Jaya untuk rujukan ibu/bapa dan penjaga
Terima kasih
LATIHAN RUMAH SUKAN
LATIHAN RUMAH SUKAN
📍15 MEI 2024 ( Rabu )
📌Pakaian- Baju Rumah Sukan masing-masing.
📌Kasut - dibenarkan memakai kasut sukan
📌Tudung - Tudung Putih shj
📌Bawa air minuman secukupnya.
📍Waktu balik jam 4.30 ptg.
Tempat Perjumpaan Rumah Sukan
Topaz: Kantin
Emerald:Pusat Koku
Sapphire: Arena Kasma
Ruby: Dewan SRI
🌹Diharap ibu bapa/ penjaga dapat menguruskan pengangkutan anak2 tuan puan.
🌹Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua guru, ibu bapa/penjaga dan murid☺️😊
APRIL 2024
PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera🌷🌷
*Makluman Kepada Semua Murid dan Guru
PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM
Tarikh:15 April 2024 (Isnin)
Tempat: Dataran Setia
Jam: 7.30 pagi
📍Semua guru dan murid dikehendaki memakai baju Badan Beruniform masing-masing.
📍Perhimpunan Rasmi ini akan dikendalikan oleh Badan Beruniform PANDU PUTERI SMK SUBANG JAYA
🌼🌹Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua guru, ibu bapa/penjaga dan murid☺️😊
SUMBANGAN DARIPADA IBU BAPA/PENJAGA
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
🌸Setinggi- tinggi terima kasih diucapkan kepada ibu bapa atas
SUMBANGAN
1. Buku Teks baharu mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 sebanyak 56 naskah (2/4/24)
Daripada :
En Nazly - Ajk Pibg 💐💐
2. Wang tunai untuk dana Tabung Kebajikan Pibg (1/4/24)
Daripada :
Pn Fara - Ajk Pibg💐💐
3. 96 pack multivitamin kpd murid-murid B40 dan asnaf SMK Subang Jaya ( 19/4/24)
Daripada: Pn Sheila💐💐
Jika tuan/ puan ingin membuat sumbangan sila hubungi Pn Thana/ Pn Fara - Ajk Biro Kebajikan Pibg SMKSJ
Segala sumbangan tuan/ puan adalah tanda sokongan padu dalam semua perkara melibatkan anak-anak kita. 🌹
Terima kasih.
🌺Biro Kebajikan PIBG ~ SMKSJ🌺
MAKLUMAN CUTI SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ibu/ Bapa/ Penjaga yang dihormati.
MAKLUMAN CUTI SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024 (08 - 12 APRIL 2024)
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah bercuti pada :
✔️8 April - Cuti Tambahan
✔️9 April - Cuti Tambahan
✔️10 April - Hari Raya Aidilfitri
✔️11 April - Hari Raya Aidilfitri
✔️12 April - Cuti Tambahan
Sekolah akan dibuka semula pada 15 April 2024 (Isnin).
Diharap ibu bapa dapat memastikan anak-anak dapat kembali ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran masing-masing.
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
PENCARIAN SKUAD ICT DAN BESTARI SESI 2024/2025
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
PENCARIAN AHLI SKUAD ICT DAN BESTARI SESI 2024/2025
Pencarian Ahli Skuad ICT dan Bestari terbuka kepada semua murid SMKSJ. Mohon kepada murid yang berminat untuk mengisi google form di bawah atau scan QR tersebut.
🔗 https://forms.gle/oJhDhQk7noqprVeq5
Pencarian ini dibuka sehingga 4 April 2024 dan calon akan di temuduga pada 5 April 2024.
Terima kasih.
MAC 2024
Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam🕌✨
Sebaik-baik manusia di antara kamu, orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.
- Hadith Riwayat Al-Bukhari
PROGRAM KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMAIE 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
PROGRAM KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMAIE TAHUN 2024
Sila rujuk atur cara majlis dan buku program di sebelah.
Semoga anak-anak SMKSJ lebih menghayati Ramadhan dalam kehidupan.
Terima kasih.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KETIKA CUACA PANAS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ibu bapa penjaga murid
SMK Subang Jaya,
LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN KETIKA CUACA PANAS
🍁 Merujuk kepada "Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia bertajuk Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia diminta memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan seluruh warga semasa menghadapi cuaca panas bertarikh 19.03.2024", pihak sekolah dengan ini membuat ketetapan berikut sebagai langkah awal bagi mengelakkan berlakunya strok haba dan perkara yang tidak diingini.
1) Semua aktiviti luar akan ditangguhkan serta-merta sekiranya suhu mencapai 37°c.
2) Pemakaian murid adalah seperti ketetapan berikut :
📍Isnin : Uniform sekolah lengkap
🏮 Selasa : Baju PJ / Baju sukan
📍 Rabu : Baju T Kokurikulum
🏮Khamis dan Jumaat :
Baju PJ / Baju sukan
📌KETETAPAN PEMAKAIAN INI BERKUATKUASA BERMULA 25.3.2024 (ISNIN)
📌Sebarang info terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa
Harap maklum.
Sekian terima kasih.
💧UNIT HEM 💦
SMK SUBANG JAYA
21.03.2024
🌞Pada Bulan Ramadan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang mengalami cuaca panas. Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.
Murid-murid disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas di bulan ramadan seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-42 SESI 2024/2025
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
SMK Subang Jaya akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-42 bagi sesi 2024/ 2025 pada ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg -12.00 tgh
Mohon ibu bapa/ penjaga melengkapkan maklum balas kehadiran dan usul melalui link berikut sebelum 29 Februari 2024 :
https://forms.gle/z3XVXiavxTbAb2Q36
Sekian. Terima kasih
PROGRAM SEBUTIR MUTIARA AKHIRAT
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
PROGRAM SEBUTIR MUTIARA💎AKHIRAT
🎀 Unit Kebajikan SMK Subang Jaya dengan penuh rasa kesyukuran melaksanakan satu aktiviti yang dikenali sebagai 'GEROBOK REZEKI' di bawah pogram SEBUTIR MUTIARA AKHIRAT.
🎀 Dengan berpegang kepada prinsip kejujuran dan motif utama adalah membantu sesiapa sahaja warga SMKSJ yang memerlukan GEROBOK REZEKI disediakan di hadapan bilik guru.
🎀 Semua warga SMKSJ dipersilakan untuk mengambil sumbangan dari GEROBOK REZEKI mengikut keperluan.
🎀 Unit Kebajikan berharap melalui program ini, kami dapat membantu golongan yatim, miskin atau mana-mana murid yang berkeperluan.
🎀 Unit Kebajikan juga sangat mengalu-alukan sumbangan berbentuk makanan harian seperti roti, biskut, gula, beras, susu, tepung, makanan dalam tin, makanan asas, pakaian dan sebagainya untuk disampaikan kepada murid yang memerlukan melalui GEROBOK REZEKI ini.
🎀Guru-guru dan staf serta ibu bapa/ penjaga yang ingin menghulurkan bantuan barangan dan lain-lain juga amat dialu-alukan bagi membolehkan lebih ramai mendapat manfaat daripada program SEBUTIR MUTIARA AKHIRAT ini.
🎀 Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan sama ada berbentuk barangan atau kewangan boleh menghubungi :
1) Pn Naszirah (014-5171493) atau
2) Pn Marini (011-23335575)
Sumbangan anda amatlah bermakna dan sangat dihargai❤️
Terima kasih.
UNIT KEBAJIKAN - HEM
SMKSJ
PERTANDINGAN MEREKA CIPTA REPLIKA MASJID DAN POSTER CINTA RAMADAN SEMPENA IHYA' RAMADAN TAHUN 2024
Terbuka kepada semua murid SMK Subang Jaya. Sebarang pertanyaan boleh rujuk Puan Ainun Mardhiah binti Ismail dan Puan Hasmani binti Hamzah
TADARUS AL-QURAN
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Tadarus Al-Quran dan program-program sepanjang bulan di Ramadhan
1. Akan dilaksanakan pada waktu rehat sahaja.
2. Murid dinasihatkan membawa al-Quran sendiri. Sekiranya Tiada al-Quran, ketua kelas boleh ambil di surau dan hantar semula ke surau selepas tamat waktu rehat.
3. Pemantauan akan dilakukan oleh Guru Pendidikan Islam.
4. Setiap kelas akan diawasi oleh sorang pengawas Bertugas.
Terima kasih
TAMAT SESI PERSEKOLAHAN 2023
JADUAL ANJAL TINGKATAN 5 (01 - 08 FEBRUARI 2024)
JADUAL ANJAL TINGKATAN 5
Tarikh : 1-8/2/2024
Murid dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
1. Murid 5 Setia, 5 Usaha dan 5 Bakti akan berada di PSS.
2. Murid 5 Adil, 5 Nekad dan 5 PVMA akan berada di Bilik Jasmin.
(Sila rujuk jadual di group kelas masing-masing)
Terima kasih
DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN PENGERUSI EKSEKUTIF SUNWAY GROUP, TAN SRI RAZMAN BIN M.HASHIM DIIRINGI ADUN SUBANG JAYA, YB MICHELLE NG MEI SZE, TURUT SERTA YDP PIBG SMK SUBANG JAYA, ENCIK HELMY IZUDDIN BIN HASHIM
30 JANUARI 2024
SUMBANGAN MAKANAN DARIPADA IBU BAPA/PENJAGA
SUMBANGAN MAKANAN UTK MURID SPM
1. Selasa (30/1/2024) - Roti gardenia 200 packs flavour coklat
Daripada Ibu : YM Tengku Maryam/ YM Tengku Maimunah
Anak: Siti Idariah/ Raja Ain (5 Bakti)
2. Rabu (31/1/2024) -Roti dan air minuman
Daripada: Haziq Zuhair (5 Usaha)
Donut 350 biji - Daripada: Ibu: Pn. Salwiah
Anak: Farah Diana (5 Bakti)
Jika tuan/ puan ingin membuat sumbangan sila hubungi Pn Suhana/ Pn Eliza. Segala sumbangan tuan/ puan adalah tanda sokongan padu dalam semua
perkara melibatkan anak-anak, calon SPM kita. 🌹
Terima kasih.
🌺Biro Kebajikan PIBG ~ SMKSJ🌺
TAKLIMAT PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 TAHUN 2024
TAKLIMAT PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 TAHUN 2024
Tarikh : 24/1/2024 (Rabu)
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Sri, SMK Subang Jaya
Sasaran : Semua murid Tingkatan 3
Perhatian:
1. Ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 3 dijemput hadir.
2. Ibu bapa/ penjaga yg hadir, dibenarkan membawa pulang anak/ anak jagaan sebaik sahaja taklimat selesai.
Harap maklum. Terima Kasih
Selamat menyambut perayaan Hari Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.
Ayuh eratkan perpaduan dan raikan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.
SUMBANGAN MAKANAN DARIPADA IBU BAPA/PENJAGA
Setinggi- tinggi terima kasih diucapkan kepada
1) Ibu bapa Khalish 1 Gigih atas sumbangan makanan pada 12/1/2024 dan 19/1/2024🌹
2) Puan Zainap Yahya - pengusaha kantin SMKSJ atas sumbangan biskut pada 17/1/2024 🌹 dan bantuan makan-minum kepada beberapa murid b40 dan pekerja💐
3) PIBG atas sumbangan kismis kepada semua murid calon SPM dalam Majlis Restu Ilmu 5/1/2024🌹
4) Sumbangan Roti Gardenia 200 packs flavour coklat dari Puan Tengku Maryam dan Puan Tengku Maimunah, ibu kepada Siti Idariah dan Raja Ain dari 5 Bakti (yang bakal diberikan kepada semua calon SPM pada 30/1/2024 - hari pertama SPM) 🌹
5 ) ibu bapa yg turut menyumbang pakaian dan pakaian seragam unit uniform 🌹
6) warga smksj dan ibu bapa yg lain🌹🌹🌹
di atas sumbangan tanpa henti kepada Unit Kebajikan bagi menjayakan "Projek Gerobok Rezeki " SMKSJ.
Segala sumbangan tuan/ puan adalah tanda sokongan padu dalam semua perkara melibatkan anak-anak kita. 🌹
🌺 Unit Kebajikan HEM - SMKSJ 🌺
Projek Menaiktaraf Anjung Rafflesia Fasa 2: Laluan Anjung Rafflesia, SMK Subang Jaya
JADUAL PENGGILIRAN KEHADIRAN MURID
JADUAL PENGGILIRAN KEHADIRAN MURID SEMPENA UJIAN MENDENGAR DAN PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2023
TARIKH : 26/1/2024 -8/2/2024
Sempena peperiksaan SPM yang berlangsung, kelas-kelas tertentu perlu direhatkan bagi melancarkan perjalanan peperiksaan tersebut (Sila rujuk Surat makluman pelaksanaan peperiksaan dan Jadual penggiliran di group kelas masing-masing).
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
Video Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual SMK Subang Jaya
JADUAL ANJAL DAN PROGRAM VAKSIN TINGKATAN 5
JADUAL ANJAL DAN PROGRAM VAKSIN TINGKATAN 5
JADUAL ANJAL
Murid dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
1. Murid 5 Setia, 5 Usaha dan 5 Bakti akan berada di dewan.
2. Murid 5 Adil, 5 Nekad dan 5 PVMA akan berada di PSS.
(Sila rujuk jadual kelas di bawah untuk 8-12/1/2024)
PROGRAM VAKSIN MATHS
Tarikh : 8/1/2024 (ISNIN) sehingga 26/1/2024 (JUMAAT)
Masa: 7.00 – 7.30 pagi
Tempat: Dewan Sri
Objektif utamanya adalah untuk membantu murid yang masih lemah subjek Matematik.
PROGRAM VAKSIN PRINSIP PERAKAUNAN
Hari : Selasa dan Jumaat
Masa : 8-9 malam
Pelantar : GMeet
Harap maklum. Terima kasih
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) BAGI KELAS PERALIHAN, TINGKATAN 1-3 TAHUN 2023/ 2024
Tarikh Ujian :
Peralihan : 12 - 17 Januari 2024
Tingkatan 1: 12 - 19 Januari 2024
Tingkatan 2: 10 - 19 Januari 2024
Tingkatan 3: 9 - 19 Januari 2024
(Sila rujuk jadual UASA di bawah)
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
UJIAN BERTUTUR BM DAN BI SPM TAHUN 2023
UJIAN BERTUTUR BM (UBBM) DAN UJIAN BERTUTUR BI (UBBI) SPM 2023
Tarikh-tarikh Ujian :
UBBM : 8/1/2024 – 11/1/2024
UBBI : 17-18/1/2024 dan 22/1/2024.
Sehubungan itu, kelas-kelas tertentu perlu direhatkan bagi melancarkan perjalanan ujian tersebut. (Sila rujuk Surat makluman pelaksanaan ujian dan Jadual penggiliran direhatkan - Jadual 1).
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
HARI TEMU MESRA 2
HARI TEMU MESRA 2 : CALON SPM 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kurikulum SMK Subang Jaya akan mengadakan Hari Temu Mesra kepada calon SPM 2023 (Sila rujuk surat makluman di lampiran).
Maklumat Program :
Tarikh : 5/1/2024
Masa : 9.00 – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Sri, SMK Subang Jaya
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL AKHIR TAHUN 2023
Sesi Persekolahan : 2 Januari - 9 Februari 2024
Esok, 2 Januari 2023, sesi persekolahan akan bermula semula.
Mohon ibu bapa / penjaga memastikan :
😊Murid berada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
😊Murid hadir ke sekolah dengan berpakaian sekolah lengkap / PJK lengkap. Bagi murid lelaki, mohon ibu bapa pastikan rambut telah dipotong pendek dan disisir rapi.
😊Murid dalam keadaan sihat sebelum hadir ke sekolah.
(i) Jika murid bergejala seperti batuk, selsema atau sakit tekak, mohon buat ujian covid kendiri di rumah sebelum hadir ke sekolah dan kongsikan keputusan saringan kendiri dengan guru kelas. Jika keputusan ujian saringan adalah positif, murid diminta berehat / kuarantin di rumah sahaja. Jika keputusan adalah negatif, mereka boleh hadir ke sekolah tetapi digalakkan memakai pelitup muka.
(ii) Jika murid yang bergejala hadir ke sekolah tanpa membuat ujian saringan dan tanpa memakai pelitup muka, mereka akan diasingkan di bilik isolasi untuk ujian saringan . Jika keputusan ujian adalah positif, ibu bapa akan dihubungi untuk membawa pulang murid-murid ini sebagaimana Panduan Keselamatan yang diterima dari Kementerian Pendidikan bertarikh 18 Disember 2023.
Semoga semua murid SMK Subang Jaya akan sentiasa sihat dan menjadi 'Anak Yang Baik Lagi Cerdik'
Sekian, harap maklum dan terima kasih atas keprihatinan. 😊😊
Selamat menyambut tahun baru 2024 kepada semua warga SMK Subang Jaya
SUMBANGAN INTERLOCK DARIPADA SUNWAY GROUP KEPADA WARGA SMK SUBANG JAYA DI DATARAN SETIA
08 DISEMBER 2023 - 02 JANUARI 2024
Memerlukan dana baik pulih surau sebanyak RM5000.00
19 JANUARI 2024 | 7.30 - 8.00 PAGI | SURAU AL-GHAZALI, SMK SUBANG JAYA
SASARAN : MURID TINGKATAN 4 DAN 5
IMAM : M. IMAN BIN M. ZAKI (5 BAKTI)
Persiapan suasana Hari Deepavali di Bilik Guru, SMK Subang Jaya telah diceriakan oleh guru-guru praktikal
10 november 2023
Selamat Hari Lahir Puan Rafidah binti Rashid, Pengetua SMK Subang Jaya
16 Oktober 2023
Tahniah kepada guru-guru yang telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang sesi 2022
03 Ogos 2023