Assalamualaikum dan selamat sejahtera
TAKLIMAT PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 TAHUN 2024
Tarikh : 24/1/2024 (Rabu)
Masa : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Sri, SMK Subang Jaya
Sasaran: Semua murid Tingkatan 3
Perhatian:
1. Ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 3 dijemput hadir.
2. Ibu bapa/ penjaga yg dpt hadir diminta mengisi borang kehadiran pada pautan berikut selewat-lewatnya pada 21/1/2024: https://forms.gle/wctTAUTLE8EzUCmH9
3. Ibu bapa/ penjaga yg hadir, dibenarkan membawa pulang anak/ anak jagaan sebaik sahaja taklimat selesai.
Harap maklum. Terima Kasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera
JADUAL PENGGILIRAN KEHADIRAN MURID SEMPENA UJIAN MENDENGAR DAN PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2023
TARIKH : 26/1/2024 -8/2/2024
Sempena peperiksaan SPM yang berlangsung, kelas-kelas tertentu perlu direhatkan bagi melancarkan perjalanan peperiksaan tersebut (Sila rujuk Surat makluman pelaksanaan peperiksaan dan Jadual penggiliran di bawah).
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
JADUAL ANJAL TINGKATAN 5 (15-26/1/2024)
Murid dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
1. Murid 5 Setia, 5 Usaha dan 5 Bakti akan berada di PSS.
2. Murid 5 Adil, 5 Nekad dan 5 PVMA akan berada di Dewan.
(Sila rujuk jadual kelas di bawah)
Harap maklum. Terima kasih.
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
JADUAL ANJAL DAN PROGRAM VAKSIN TINGKATAN 5
JADUAL ANJAL
Murid dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
1. Murid 5 Setia, 5 Usaha dan 5 Bakti akan berada di dewan.
2. Murid 5 Adil, 5 Nekad dan 5 PVMA akan berada di PSS.
(Sila rujuk jadual kelas di bawah untuk 8-12/1/2024)
PROGRAM VAKSIN MATHS
Tarikh : 8/1/2024 (ISNIN) sehingga 26/1/2024 (JUMAAT)
Masa: 7.00 – 7.30 pagi
Tempat: Dewan Sri
Objektif utamanya adalah untuk membantu murid yang masih lemah subjek Matematik.
PROGRAM VAKSIN PRINSIP PERAKAUNAN
Hari : Selasa dan Jumaat
Masa : 8-9 malam
Pelantar : GMeet
Harap maklum. Terima kasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) BAGI KELAS PERALIHAN, TINGKATAN 1-3 TAHUN 2023/ 2024
Tarikh Ujian :
Peralihan : 12 - 17 Januari 2024
Tingkatan 1: 12 - 19 Januari 2024
Tingkatan 2: 10 - 19 Januari 2024
Tingkatan 3: 9 - 19 Januari 2024
(Sila rujuk jadual UASA di bawah)
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
Assalamualaikum dan salam sejahtera
UJIAN BERTUTUR BM (UBBM) DAN UJIAN BERTUTUR BI (UBBI) SPM 2023
Tarikh-tarikh Ujian :
UBBM : 8/1/2024 – 11/1/2024
UBBI : 17-18/1/2024 dan 22/1/2024.
Sehubungan itu, kelas-kelas tertentu perlu direhatkan bagi melancarkan perjalanan ujian tersebut. (Sila rujuk Surat makluman pelaksanaan ujian dan Jadual penggiliran direhatkan - Jadual 1).
Harap maklum, terima kasih.
PENGETUA SMKSJ
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU 3 : CALON SPM 2023
Tarikh : 18-20/12/2023
Tempat : SMK Subang Jaya
Anjuran : Unit Kurikulum, SMK Subang Jaya
Jadual Program : Sila rujuk lampiran
Semoga usaha ini dapat meningkatkan prestasi anak-anak SMKSJ.
“Jika anda benar2 mahukan sesuatu, anda akan mencari jalan. Jika tidak anda akan mencari alasan”
Harap maklum. Terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
UJIAN AMALI SAINS SPM 2023
Ujian akan dijalankan pada 5-7 Disember 2023.
Sehubungan dengan itu, kelas-kelas tertentu perlu direhatkan bagi melancarkan perjalanan ujian tersebut (sila rujuk surat di bawah).
Harap maklum. Terima kasih.
Asalamualaikum dan Salam sejahtera.
📌 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023
*****
UJIAN AMALI SAINS
Tarikh : 30-31 Oktober
Masa : Rujuk Jadual Amali (tlh diberi)
Kelas Terlibat : 5 Setia dan 5 Usaha
1. Makluman kepada semua warga sekolah terutamanya guru dan murid T5, bermula pada hari ISNIN (30/10/23) semua kelas T5 akan menggunakan JW KELAS yang asal.
*Mohon GT T5 memuat naik jadual waktu kelas terkini dalam group kelas masing2 untuk rujukan semua murid.
2. Berikut adalah Kedudukan kelas T5 bagi hari Isnin dan Selasa (30-31 Okt. 2023) minggu hadapan.
5 Setia : 1 Nekad
5 Usaha : 2 Gigih
5 Bakti : 5 Bakti asal
5 Adil : Bilik Jasmin
5 Nekad : Bilik Seni
5 PVMA : 5 Usaha
Nota:
Jadual hr Rabu dan seterusnya akan dimaklumkan pd hr Selasa.
Terima kasih
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
UJIAN LISAN SEBENAR TILAWAH, HAFAZAN DAN HADIS (UTQH) SPM 2023
Tarikh : 09, 11 dan 12.10.2023
Hari : Isnin, Rabu & Khamis
Masa : Sidang 1 (8.00 - 10.00 pagi). Sidang 2 (10.30 - 12.30 tengahari)
Sasaran : Calon Kertas Pendidikan Islam SPM 2023
🌷Selamat Menduduki Ujian Lisan UTQH untuk semua calon SPM 2023. Bittaufiq wannajah🌷
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
HARI TEMU MESRA (MURID TINGKATAN 5 2023)
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kurikulum, SMK Subang Jaya akan mengadakan Hari Temu Mesra Tahun 2023 bagi anak-anak SPM 2023 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 22/09/2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.20 tengah hari
Tempat : Dewan Sri, SMK Subang Jaya
Murid terlibat : Semua murid Tingkatan 5
AJK : rujuk lampiran
NOTA
1) PdP berjalan seperti biasa (Jadual Anjal) sehingga jam 9.30 pagi. Murid dibenarkan keluar rehat pada jam 9.30-9.50 pagi. Selepas rehat, murid akan terus bergerak ke dewan dan duduk di ruang kelas masing-masing.
2) Sesi temu mesra bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 12.20 tengah hari
3) Guru Tingkatan 5 dikehendaki bersedia dengan bahan-bahan berikut :
- Lembaran markah Pentaksiran Formatif 2 (untuk dibincangkan bersama ibu bapa)
- Markah ETR
- Slip PBD Pertengahan Tahun murid (Diberikan kepada ibu bapa untuk ditandatangani)
- Borang Kehadiran ibu bapa (Borang akan diedarkan pada hari jumaat)
- Borang disiplin murid (jika ada)
- Analisis kehadiran murid (untuk dimaklumkan/ dibincangkan dengan ibu bapa)
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum semua.
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1 (1223/1) SPM 2023
Tarikh : 21 September 2023
Hari : Khamis
Masa : 2.00 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Sri Smk Subang Jaya
Penceramah : En Hamizad Bin Sufin ( Smk Seksyen 7 Shah Alam)
Sasaran : Semua calon Kertas P. Islam SPM 2023
!! PERINGATAN :
📌Mohon ibubapa ambil maklum berkaitan program di atas untuk mengatur kenderaan anak2 pada hari tersebut.
📌Murid diingatkan untuk solat zohor terlebih dahulu.
📌Murid boleh mengambil makanan tengahari di kantin sekolah bermula jam 1.20 tengahari.
📌Sila bawa :
1. Modul Gemilang Pendidikan Islam (Buku Oren).
2. Buku teks ting 4 Dan 5 / buku Rujukan Pendidikan Islam SPM.
3. Alat Tulis.
4. Air putih secukupnya.
📌Sila berada di dalam dewan bermula jam 2.00 petang.
T. Kasih.
KELAS GILAP PERMATA TAHUN 2023 BAGI MURID TINGKATAN 5
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
PROGRAM KILAUAN PERMATA (ProKiP) 2023
Esok 18/9/2023, bermulanya ProKiP bagi membantu mengukuh dan memantapkan pencapaian anak2 SPM 2023.
Bagi melancarkan pergerakan murid yang terlibat, beberapa kelas perlu dipindahkan seperti berikut :
1 Gigih pindah ke kelas 5 Adil
1 Nekad pindah ke kelas 5 Nekad
2 Gigih pindah ke kelas 1 Gigih
Kelas tetap ting 5:
5 Adil, 5 Nekad - Dewan
5 Bakti- B Jasmin/ Dewan
5 Usaha- 1 Gigih
5 Setia- 1 Nekad
5 PVMA- kelas asal
Nota
1. Murid kelas2 yang terlibat akan masuk ke kelas2 yang ditetapkan sebaik sahaja perhimpunan tamat. Murid T5 akan terus masuk kumpulan2 yang ditetapkan oleh KP mengikut mata pelajaran masing2.
2. Buat masa ini, Bilik Jasmin masih belum blh digunakan kerana masih dalam proses penyelanggaraan.
3. Sekiranya terdapat murid yang terlibat dengan program2 tertentu atau teknik menjawab bagi mp lain, murid lain yang tidak terlibat akan terus mengikuti ProKiP seperti yang dijadualkan.
4. Sekiranya ProKiP tidak dapat dijalankan kerana isu2 tertentu, murid akan menggunakan jadual asal kelas dan akan duduk di kelas2 yang ditetapkan. (Sebarang perubahan akan dimaklumkan dr semasa ke samasa)
5. Kelas2 yang terlibat dengan perpindahan kelas tidak perlu mengubah hiasan kelas yang ditetapkan (kelas baharu) tetapi hanya perlu memastikan kelas bersih pada setiap masa.
Sekian, terima kasih
KELAS GILAP PERMATA TAHUN 2023 BAGI MURID TINGKATAN 5
Tarikh : 5/9-13/9/2023
Masa : 2.00 hingga 4.00 petang
PROGRAM NILAM SMKSJ 2023
📝 Tahniah kepada murid2 yang masih berusaha merekod bahan bacaan anda. Anda boleh terus merekod bahan bacaan terkini mengikut kelas masing2 menggunakan link yang telah dikemaskini:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/jomlibsmksj/home
📝 Anda juga boleh melihat senarai pemenang bulanan dan merekod bahan bacaan anda menggunakan link yang sama.
✅Pastikan anda cari link kelas yang tepat sebelum mengisi borang NILAM anda. Nilam baru kini tidak memerlukan pelajar mengisi sinopsis, hanya butir2 bahan bacaan anda sahaja.
✅Jenis bahan bacaan?
Buku, ensiklopedia, majalah, keratan akhbar, buku rujukan, cerpen watpadd dan buku komik pon boleh!! Asalkan ada nama penulis, pelukis, penerbit atau maklumat2 lain.
🥇Penilaian rekod pembacaan NILAM akan dimasukkan dalam pelaporan PAJSK 2023
🎁Sijil juga akan diberikan kepada penerima anugerah NILAM. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
📌 Sebarang masalah sila berhubung dengan (Guru PSS SMKSJ) :
1. Teacher Farah 017 6627735
2. Cikgu Fazlina 011 6200 2115
Nadi Ilmu Amalan Membaca ❤️
PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU 1 TAHUN 2023 BAGI MURID TINGKATAN 5
Tarikh : 26/8-27/8/2023
Masa : 8 - 11.20 pagi
Jadual Waktu boleh rujuk di telegram sekolah
AKTIVITI UNIT KURIKULUM
Program Gilap Permata
SPM Tingkatan 5
05 September 2023