Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Mohon murid-murid rujuk jadual berkaitan pemulangan dan penerimaan buku teks 2024/2025.
Mohon juga murid2 akur dengan syarat2 yang ditetapkan dari unit SPBT.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Mohon murid-murid rujuk jadual berkaitan pemulangan dan penerimaan buku teks 2024/2025.
Mohon juga murid2 akur dengan syarat2 yang ditetapkan dari unit SPBT.
Assalamualaikum WRB
MEMOHON DANA BAIK PULIH SURAU AL-GHAZALI SMK SUBANG JAYA
Kami pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan dana daripada sahabat2 syurga kami untuk membaik pulih surau al-Ghazali.
Antara kerja2 baik pulih yg perlu dilaksanakan adalah spt berikut;
- menggantikan frame pintu dan pintu kayu yg rosak
- menggantikan awning yang rosak di bahagian tempat wuduk lelaki.
- Membeli dan memasang cilinderlock.
-Memasang tile di tiang surau.
- Menukar handle pintu aluminium 4 unit.
- Memasang cornice syiling yang jatuh
- Membaikpulih suis2 yang rosak
- upah kerja membaik pulih
Semoga sumbangan anda mendapat sebaik2 ganjaran drpd Allah. Segala sumbangan anda kami dahului dgn jutaan terima kasih.
*PENDAFTARAN ANAK YATIM NEGERI SELANGOR UNTUK PENERIMAAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024M BERSAMAAN 1445H*
*Kaedah Pendaftaran*
1. Pendaftaran secara Online di pautan : www.epayns.com.my .
2. Isi Maklumat Penjaga & Anak Yatim dan Cetak Borang yang telah lengkap diisi.
3. Lampirkan Borang yang telah dicetak beserta salinan dokumen : Kad Pengenalan Ibu/Penjaga, Kad Pengenalan/sijil kelahiran Anak-Anak Yatim, Sijil Kematian Bapa & Slip Akaun Bank Penjaga/Anak Yatim, seterusnya dapatkan pengesahan Nazir Masjid kariah berhampiran.
4. Hantar sebelum *15 Rejab 1445H bersamaan 27 Januari 2024* Borang & Dokumen Lampiran (serahan tangan/pos) kepada :
*Yayasan Islam Darul Ehsan*
No. 3, Jalan Keluli AM7/AM,
Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
*Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Zubair, Pegawai YIDE di talian 017-7569476.*
🌹MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA🌹
😇 Anda ingin berbakti kepada sekolah tapi tidak tahu kaedahnya???🤔🤔
😇 Inginkan pahala berterusan dan berbuat amal jariah??🤔🤔🤔
😊Menyumbanglah ke tabung PIBG SMK Subang Jaya.
😊Sumbangan tuan / puan akan dimanfaatkan semula kpd anak2 kita utk mereka nikmati bersama-sama.
😊RM 100 per keluarga seperti yg dipersetujui dlm Mesyuarat Agung Tahunan.
😊 Salurkan sumbangan anda kpd
🚩 105311053706
🚩Affin Bank - PIBG SEK MEN SUBANG JAYA 1
🚩SILA NYATAKAN NAMA DAN KLS DI BHG REFERENCE UNTUK ONLINE TRANSFER.
Atau
🚩secara tunai kpd guru kelas anak tuan/puan.
😊Menyumbanglah dengan kadar segera pada atau sebelum 31 Ogos ini agar semua projek sekolah dan aktiviti anak-anak kita dapat berjalan lancar.
😊Terima kasih.
🌷PIBG SMK SUBANG JAYA🌷
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Unit kebajikan Smk Subang Jaya akan melancarkan Tabung Kecemasan Misi Bantuan Rakyat Palestine pada:
Tarikh:19 Oktober 2023
Hari: Jumaat
Tempat: Murid Islam- Dewan Sri
Murid moral- Kelas moral masing2
Objektif Tabung Palestine ini diadakan adalah untuk:
1. Membuka mata murid-murid berkaitan isu semasa yang berlaku di palestine.
2. Mengambil ikhtibar dari penderitaan rakyat Palestine.
3. Menanamkan rasa kecintaan dan persaudaraan sesama manusia.
4. Meningkatkan kemantapan rohani dalam diri warga sekolah.
5. Menandakan solidariti membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis
Sumbangan yang diperolehi akan disalurkan terus ke akaun Tabung Musa'adah JAKIM-YWM melalui akaun (CIMB Islamic Bank Berhad: 86-0221818-6)
Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima
Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan anda 🌹
PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
🚩JEMPUTAN DAN MAKLUMAN 🚩
🔹SMK Subang Jaya akan mengadakan satu Program Gotong-Royong Madani bertarikh 9.9.2023 (Sabtu) mulai 7.30 am - 12.20 pm.
🔹Sehubungan itu, pihak sekolah sangat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan untuk turut serta membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah.
🔹Program ini bertujuan agar suasana sekolah yang ceria dan bersih dapat dikekalkan sepanjang masa serta muafakat antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dapat
dieratkan.
🔹Sekiranya pihak tuan/puan ingin turut serta dalam program ini, sila isi google form di bawah dengan kadar segera untuk pengesahan kehadiran.
💐Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang sudi hadir secara sukarela, menghulur sumbangan baik dari segi sokongan moral dan material demi menjayakan program ini.💐
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdAinYVLr07pmoto41q_dIYvLbZixrKk0MK6P-EGuj9PoxJfA/viewform
GEROBOK REZEKI
Kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai berbentuk makanan keperluan harian untuk disampaikan kepada murid dan mereka yang memerlukan
Setinggi- tinggi terima kasih diucapkan kepada
1) Ibu bapa Kashika ( 3 Bakti ) di atas sumbangan wang tunai rm 200
2) Ibu bapa/ hamba Allah dengan sumbangan wang tunai RM 400
3) Warga smksj dan ibu bapa yg lain di atas sumbangan barangan dan wang tunai yang tiada henti kepada Unit Kebajikan bagi menjayakan "Projek
Gerobok Rezeki " SMKSJ. Semoga segala sumbangan tuan/ puan menjadi amal jariah yang berpanjangan lagi diberkati. Sokongan kalian dalam
semua perkara melibatkan anak-anak kita amat kami hargai.
AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID
Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan Enam oleh Pn Zaitul Iffa bt Jamaludin, Kaunselor Kolej T6 Shah Aam (KTESA) dan Perkongsian Pengalaman Mencapai Kejayaan di T6 oleh Cik Shira (Alumni KTESA)
14 September 2023
Bengkel Penulisan Resume dan Persedian Temuduga oleh Dr. Suraya Amirrudin (Unit Komunikasi Profesional dan TESL, IUKL)
13 September 2023
Ceramah Kerjaya dalam Bidang Kulinari oleh Chef Razman Mohd Hazizy
12 September 2023
Pameran Pendidikan Kerjaya
11 September 2023
Penyerahan Sijil Lantikan Skuad Dewan
11 September 2023
Kelas Terbersih Minggu ke-22
5 Bakti
1 Bakti
11 September 2023