Profil & Sejarah Sekolah

info

Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong

Kod : BEA8601

Kategori : Bandar

Sesi Persekolahan: 2 Sesi

Mula beroperasi : 1975

Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong, Batu 14 Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Emel : BEA8601@moe.edu.my

Tel : 03 80611305

Faks : 03 80621935

warga

Pentadbir + Guru : 107 orang

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) : 10 orang

Murid : 1743 orang

sejarah

Sekolah ini bermula pada hari Isnin 6 Januari 1975. Sesi persekolahan bermula dengan menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Killing Hall Batu 14 Puchong kerana pada masa itu bangunan sekolah yang dibina masih belum siap. Pada hari Jumaat 10 Januari 1975 pelajar-pelajar berpindah ke sekolah baru. Pada masa itu sekolah mempunyai 2 blok bangunan dengan seramai 242 orang pelajar. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Rendah Puchong dan Pengetua yang pertama ialah En Sharhadat bin Baharuddin.Pada awal tahun 1980 sebuah bangunan lagi telah dibina untuk menampung pertambahan pelajar. Dari tahun 1983 hingga sekarang SMK Puchong mempunyai 10 blok bangunan dan 1 buah surau. SMK Puchong juga memiliki kawasan padang yang seluas 18000 meter persegi digunakan untuk aktiviti kokurikulum sekolah.