SEKOLAHKU SEJAHTERA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Sekolahku SEJAHTERA. Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang dilaksanakan menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid. Selain itu, konsep ini bertujuan juga untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Ia juga membolehkan para murid untuk meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu serta sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.

Ucapan perasmian oleh ASP Sharman bin Sulaiman