PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH PETALING PERDANA 2022

matlamat

Pertandingan karnival kesenian, kemahiran dan keusahawanan pendidikan khas daerah Petaling Perdana diadakan bertujuan menyempurnakan usaha ke arah menyingkap potensi dan memandirikan murid bekerperluan pendidikan khas (MBPK). Karnival tersebut akan diisi dengan beberapa aktiviti antaranya; jualan hasil kerja murid, pertandingan melukis, mewarna, persembahan kebudayaan, peragaan fesyen, serta pertandingan melibatkan kemahiran iaitu menganyam tudung saji dan solekan. Melalui aktiviti ini, MBPK dapat membina keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

objektif

1. Memberi peluang kepada mbpk untuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka dalam bidang kesenian, kemahiran dan keusahawanan.

2. Menghargai dan mengiktiraf penglibatan MBPK dalam bidang keusahawanan.

3. Memupuk semangat berkerjasama dalam kalangan MBPK.

4. Memberi peluang kepada MBPK bersosial sesama murid dan masyarakat luar.