KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SELANGOR TAHUN 2022

Pasukan olahraga MSSD Petaling Perdana mencatat sejarah mereka tersendiri apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Sukan Olahraga MSS Selangor 2022. Petaling Perdana menjadi juara keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 365.5 mata sepanjang 4 hari kejohanan, diikuti Pasukan dari Klang dengan pungutan mata 287 mata dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan dari Hulu Langat 178.5 mata. 2 orang murid dari SMK Puchong telah dipilih mewakili Selangor dalam Kejohanan Olahraga MSSM yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan September 2022. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Nur Taswim bin Thaha dan Muhammad Nur Taufiq bin Thaha.

Anjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Pengelola : Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Peringkat : Negeri

Tempat : Stadium Mini KPM USJ 23

Tarikh: 15 OGOS - 18 OGOS 2022


Keputusan

1. Muhammad Nur Taswim Bin Thaha

a) Emas – 4 x 400 meter Lelaki 15 tahun

b) Gangsa – 400 meter Lelaki 15 Tahun

c) Tempat Ke-7 200 m Lari Berpagar 15 Tahun


2. Muhammad Nur Taufiq Bin Thaha

a) Emas – 4 X 400 m Lelaki 15 Tahun

b) Tempat Ke-4 – 400 meter Lelaki 15 Tahun


3. Dhinnie Aryzka Jai

a) Tempat Ke-5 - 100 meter Perempuan 14 Tahun

b) Tempat Ke-5 – Lompat Kijang Perempuan 14 Tahun

c) Tempat Ke-5 – Lompat Jauh Perempuan 14 Tahun


4. Nur Afiqah Binti Azman Ali

a) Tempat Ke-5 – Merejam Lembing Perempuan 15 Tahun

b) Tempat Ke-9 – Lempar Cakera Perempuan 15 Tahun


5. Lai Kar Xin

a) Tempat Ke-5 Merejam Lembing Perempuan 18 Tahun


6. Parimadevi A/P Kalikathan

a) Tempat Ke-6 – 5 km Jalan Kaki Perempuan 18 Tahun


7. Muhammad Adam Bin Zainal

a) Tempat Ke-7 – 5 km Jalan Kaki Lelaki 15 Tahun


8. Kisen Kumar a/l Subramaniam

a) Tempat Ke-8 – 2000 Lari Berhalangan Lelaki Terbuka

15 Tahun


9. Jennefer Nicholas

a) Separuh Akhir – 200 meter Lari Berpagar Perempuan

Bawah 14 Tahun


Guru pembimbing

1. Samsaizan bin Samsuddin

2. Suzana bin Taslim

3. Hassanul Firdaus

4. Nurul Syarmin Jamil

5. Santy Preya Raj Mohan

6. Faozi Kayat

bukukeputusan.pdf