PROGRAM IBADAT KORBAN

PENGENALAN

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain

Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10Zulhijjah, sambutan

diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Kefahaman dari konsep ibadah korban

ini adalah untuk menyedari hakikat pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya. Oleh itu,

program ibadah korban ini adalah sebagai suatu inisiatif ke arah membersihkan hati dan jiwa sekaligus mengharapkan keredhaan Allah SWT

tujuan

Mengadakan program Ibadah Korban tanda kesyukuran bagi menyambut Hari Raya Aidiladha dengan memberi makan kepada orang yang susah

BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 12 Julai 2022

Hari : Selasa

Masa : 7.30 – 1.00 tengah hari