Iman Qahhar dan Iman Qushairi menerima pingat emas dan pingat gangsa.
14th TM-KBS-MILO National Junior Taekwondo Championship
Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-beradik hebat, Iman Qahhar dan Iman Qushairi, atas pencapaian cemerlang dalam 14th TM-KBS-MILO National Junior Taekwondo Championship yang telah berlangsung pada 11–13 April 2025 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan!
💛 Iman Qahhar telah mengharumkan nama sekolah dengan merangkul pingat EMAS, sekaligus melayakkan dirinya untuk mewakili Malaysia ke ASEAN Junior Taekwondo Championship pada Julai nanti.
🤎 Iman Qushairi turut membanggakan dengan pencapaian pingat GANGSA, membuktikan semangat juang dan bakat luar biasa dalam sukan taekwondo.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua murid untuk terus berusaha dan mencapai potensi terbaik mereka. Go Iman, Malaysia is cheering for you!