Pertandingan Penulisan Khat sempena Mahrajan Adab dan Nilai (ADNI) Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Klang Tahun 2025/1446H.Â
Tahniah diucapkan kepada Muaz Muhaymin dari kelas 4 Cergas atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Penulisan Khat sempena Mahrajan Adab dan Nilai (ADNI) Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Klang Tahun 2025/1446H. Pertandingan ini telah berlangsung pada Selasa, 27 Mei 2025 bertempat di SMKBB Sultan Sulaiman.
Dengan bakat seni khat yang halus dan kreativiti tersendiri, Muaz berjaya meraih tempat ke-5 dalam pertandingan tersebut. Pencapaian ini menjadi bukti bahawa nilai, adab, dan seni Islam terus mekar dalam kalangan generasi muda. Syabas diucapkan atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan!