Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) ACS atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori A! Setelah hampir 17 tahun tidak menyertai pertandingan ini, pasukan KRS tampil penuh semangat dan berjaya mencipta kejutan dengan meraih tempat ke-4 keseluruhan serta tempat ke-5 dalam kategori Platun.
Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan disiplin dan komitmen tinggi para ahli, tetapi juga menjadi titik permulaan baharu bagi KRS ACS untuk terus melakar kejayaan dalam pertandingan-pertandingan akan datang. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat generasi KRS yang akan datang!