Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Klang
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Pengakap SMK Methodist (ACS) Klang atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Klang!
Pasukan yang mantap di bawah pimpinan Cikgu Amree selaku Ketua Guru Pasukan Badan Beruniform, bersama barisan guru penasihat sesi pagi dan petang, telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan merangkul Johan Pertandingan Kawad Kaki NGO Daerah Klang serta dinobatkan sebagai Platun Terbaik Daerah Klang bagi tahun ini.
Kejayaan berganda ini membuktikan bahawa disiplin, latihan berterusan, dan semangat berpasukan mampu melahirkan barisan pelajar yang bukan sahaja berwibawa, malah membanggakan. Syabas, Pengakap ACS! š„
Pasukan Kawad Kaki Pengakap yang telah bertungkus lumus merangkul kemenangan demi mengharumkan nama ACS.