Tahniah kepada pasukan Boy’s Brigade SMK Methodist (ACS) Klang atas penyertaan aktif dalam Mini Konvensyen Cintai Sungai Klang yang berlangsung pada 5 Jun 2025 bertempat di Dewan MBDK, Bandar Bukit Raja, Klang. Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuklah pameran interaktif, forum kesedaran, pertandingan mewarna kanak-kanak, serta booth pendidikan berkaitan pemuliharaan alam sekitar. Penyertaan ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar, tetapi juga menggalakkan pembentukan jati diri dan semangat sukarelawan dalam kalangan ahli Boy’s Brigade. Syabas atas penglibatan yang bermakna dan berimpak!