Pada 16 Mei 2022, SMK Gajah Berang tidak terlepas membuat sambutan hari guru bagi meraikan guru-guru yang berwibawa dalam mendidik para pelajar. Terima kasih kepada badan pengawas kerana telah menjayakan program sambutan hari guru pada kali ini.
MAJLIS PERSARAAN PN SOH SUAT CHUEE
26 APRIL 2022
Selamat bersara kepada Puan Soh Suat Chuee yang telah berkhidmat sebagai GPK Koku di GBS. Semoga anda diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang terbaik dalam perjalanan baru anda dalam hidup.
MAJLIS PERSARAAN PN DE KWEE POH
7 APRIL 2022
Selamat bersara kepada Puan De Kwee Poh yang telah berkhidmat di GBS. Semoga anda diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang terbaik dalam perjalanan baru anda dalam hidup.
MAJLIS PERSARAAN PN LAM PAW LIEN
25 Februari 2022
Selamat bersara kepada Puan Lam Paw Lien yang telah berkhidmat selama 21 tahun di GBS. Semoga anda diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang terbaik dalam perjalanan baru anda dalam hidup.
MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPPINDAH
25 Februari 2022
Warga SMK Gajah Berang mengucapkan tahniah kepada En.Edrin dan Pn Nasuha atas perpindahan mereka ke sekolah baharu. Kami akan merindui mereka dan terima kasih atas jasa khidmat bakti yang telah ditabur.
MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA
31 JANUARI 2022
Pada 31 Januari 2022 tuan pengetua, Tuan Hj Nizam telah ditawarkan kenaikan pangkat ke PPD Melaka tengah. Warga SMK Gajah Berang mengucapkan tahniah kepada tuan pengetua atas kenaikan pangkat beliau ke bahagian SIP+ di PPD Melaka Tengah.