Merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan kerajaan yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Kedudukannya terletak kira-kira 1.5 km dari pusat Bandar Melaka. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai Gajah Berang Secondary Modern School dan kemudian ditukarkan kepada Gajah Berang Secondary English School (GBSES). Pemberian nama sekolah dikaitkan dengan nama jalan yang berhadapan dengan sekolah iaitu Jalan Gajah Berang yang menghubungkan Jalan Tengkera di barat dan Jalan Hang Tuah, Bachang di timurnya serta bersebelahan dengan perkampungan Chetti.