USAHA MENGATASI SEGALANYA
Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2021
Salah seorang pelajar (Lim Yuan Pei) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang telah mendapat keputusan cemerlang 10A+ daripada dua orang pelajar di negeri Melaka. 21 orang pelajar telah berjaya mencapai keputusan cemerlang straight As. Keputusan sekolah boleh dilihat disini.
Pertandingan Temasya Bahasa 2022
Pada tahun 2022, pelajar - pelajar SMK Gajah Berang telah memasuki pertandingan seperti Article Trailer, Mini Documentary, Essay Writing Lower and Upper Secondary dan Poetry Writing. Antara pertandingan pertandingan ini, pelajar -pelajar sekolah kita telah berjaya mara ke peringkat negeri dan akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
Projek Hidrolik - Fizik (Pembelajaran Abad ke-21)
Projek Hidrolik ini berfokuskan pada topik Tekanan, dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan 5 untuk membolehkan pelajar melihat aplikasi Prinsip Paskal dalam kehidupan harian.
Semua pelajar - pelajar Tingkatan 5A1 dan 5A2 telah diberi tugasan untuk membuat model hidrolik dalam tempoh sebulan. dan kumpulan yang terbaik dipamerkan di Makmal Fizik pada 1 Ogos 2022
Antara hakim-hakim jemputan termasuklah En.Kamis, Pn.Puspa, Pn.Chia and Pn.Irina.
Tiga kumpulan yang terbaik untuk setiap kelas telah mengadakan pameran di dewan pada 3 Ogos 2022 selama 30 minit. Mereka perlu menerangkan projek mereka kepada pelajar yang datang untuk melihat projek mereka. Projek mereka kemudiannya dipilih oleh pelajar lain daripada kelas yang berlainan.
Program Fajar - SPM
Program Fajar ini ditubuhkan untuk memberi latihan pengukuhan kepada pelajar Tingkatan 5 pada waktu pertama iaitu daripada 7.40 - 8.20 pagi. Subjek - subjek yang diperuntukkan untuk program ini ialah Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah.
Program Golden Holiday Package Siri 1 - SPM
Program ini ialah untuk memberi pelajar modul ulangkaji semasa cuti sekolah. Di dalam modul ini terdapat pelbagai bahan yang dikumpulkan oleh setiap panitia dan dibukukan untuk pelajar- pelajar Tingkatan 5.
Program Tatih - SPM
Program ini berfokus kepada pelajar pelajar Tingkatan 5 yang masih gagal dalam subjek Sejarah. Dengan harapan melalui program ini, pelajar boleh maju lagi dalam subjek Sejarah kerana subjek ini merupakan salah satu subjek yang perlu lulus untuk mendapatkan sijil SPM.